Klik2 Sini...

Jom..

karnival Jom Masuk U!!! telah berlangsung di Universiti Malaysia Pahang mulai pagi2 tadi sehinggalah pada petang 1 mac 2009..ia dianjurkan oleh kementerian pengajuian tinggi malaysia bertujuan untuk mempromosi institut pengajian tinggi awam malaysia kepada seluruh rakyat yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi..ayoh kita beramai2 pergi ke karnival ini untuk mendapatkan info2 yang berguna..untuk info lebih lanjut leh try check dekat sini..

Jom Masuk U!!

[+/-] Selengkapnya...

Baru merasa..

setelah membaca sebuah laporan satu akhbar semalam, yang mana laporan akhbar tersebut mengesahkan pendapat aku selama ini tentang wakil2 rakyat merangkap ahlil kabinet digelar menteri..laporan ini menunjukkan betapa mereka ini langsung tak prihatin tentang nasib rakyat sewaktu mereka ini bergelar menteri dalam kabinet kerajaan..selepas gelaran menteri itu ditarik balik, baru lah mereka ini sedar akan keperitan rakyat lalui disebalik kesenangan dan kemewahan yang mereka kecapi selama ini..

apakah selepas ini akan ada beberapa bekas2 menteri yang telah lama berkhidmat dalam kerajaan akan turut sama tampil membuat pengakuan ikhlas apabila ditemuramah oleh televisyen atau surat khabar tempatan menyatakan bahawa mereka ini tak pernah merasa keperitan rakyat selama dilantik sebagai menteri..

mungkinkah mereka ini lupa atau lali setelah dapt menaiki kenderaan rasmi kerajaan malasyia iaitu kereta proton perdana V6 executive yang dibekalkan kepada mereka ini sebaik sahaja dilantik oleh perdana menteri..pada pendapat aku, mungkin mereka ini lupa disebalik kesedapan menaiki kereta perdana V6 executive dan keempukan kerusi di pejabat mereka di putrajaya itu..

Demikian dinyatakan sendiri Ahli Parlimen Padang Besar Dato' Seri Azmi Khalid ketika diminta mengulas berhubung kenaikan tol mulai 1 Mac yang diumumkan Menteri Kerja Raya, Dato' Seri Mohd Zin Mohamed semalam.

Kenaikan kadar tol itu melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat, Lebuh Raya Bertingkat AmpangKuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Sungai Besi dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

"Dulu semasa jadi menteri tak pernah bayar tol, saya tak tahu berapa, tak pernah merasa. Tapi sekarang, saya tingggal di Shah Alam dan sering datang ke Kuala Lumpur dan melalui beberapa tol, saya sangat merasai beban tol itu. Kalau saya merasai, orang lain pun tentu merasai,"
disebalik laporan ini, terdapat juga berita gembira kepada rakyat malaysia seluruhnya..kenaikan harga tol yang dijadualkan berlaku pada 1 mac 2009 telah ditunda buat oleh jemaah kabinet sehingga hujung tahun ini..walaupun penangguhan ini mungkin boleh dianggap gula2 sempena perhimpunan agung penghujung februari ini dan pilihanraya kecil bukit gantang dan bukit selambau..namun ia disambut gembira rakyat khususnya peda mereka yang duduk di lembah klang seperti bekas menteri diatas..

walaupun demikian aku tetap rasa bersyukur di atas penangguhan atau pembatalan kenaikan gula tempoh hari dan tol semalam..ini akan mengurangkan tekanan hidup yang terpaksa dilalui kami yang bergelar rakyat...

[+/-] Selengkapnya...

Dari..(8)

satu assignment a.k.a tagged dari cik [x]o[x]o

Akta:
USING ONLY ONE WORD!
Its not easy as you might think!
Copy and change the answer to suit you and pass it on.
Its really hard to only use one word answer.

[1] Where is you cell phone..?
poket..

[2] Your significant other..?
dia..

[3] Your hair..?
kemas..

[4] Your mother..?
rajin..

[5] Your father..?
hensem..

[6] Your favourite place..?
rumah..

[7] Your dream last night..?
seram..

[8] Your favourite drink..?
honeydew..

[9] Your dream/goal..?
graduated.. (for now)

[10] What room are you in..?
#01..

[11] Your hobby..?
adventure..

[12] Your fear..?
Allah swt..

[13] Where do you want to be in 6 years..?
her..

[14] Where were you last night..?
sini..

[15] Something that you aren't..?
jahat..

[16] Muffins..?
sedap..

[17] Wish list item..?
rumah..

[18] Where you grew up..?
kl..

[19] Last night you did..?
movie..

[20] What are you wearing..?
baju..

[21] Your TV..?
tiada..

[22] Your pet(s)..?
tiada..

[23] Friends..?
selamanya..

[24] Your life..?
okey..

[25] Your mood..?
happy..

[26] Missing someone..?
exactly..

[27] Car..?
tiada

[28] Something you're not wearing..?
inner..

[29] Your favourite store..?
mydin..

[30] Your favourite color..?
merah..

[31] When the last time you laughed..?
tadi..

[32] Last time you cried..?
lupa..

[33] One place that you go to over and over..?
fakulti..

[34] One person who emails you regularly..?
tiada..

[35] One word for all this..?
banyaknya..

[+/-] Selengkapnya...

Tidak jadi..(2)

setelah pengumuman tentang gula yang tak jadi dinaikan harganye oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna..satu lagi berita gembira telah diwar2 kan untuk seluruh rakyat malaysia.. ianya mengenai pambatalan ke atas cadangan pembinaan terminal tambang murah (LCCT) yang kekal menggantikan LCCT yang sedia ada sekarang ini di KLIA oleh TPM..

Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan di pulau peranginan terkenal, iaitu pulau phuket..soalan ini ditanyekan oleh wartawan bagi mengesahkan kedudukan terkini tentang projek mega ini yang dilihat pentign untuk Air Asia..

Sudah muktamad! Cadangan pembinaan terminal syarikat penerbangan tambang murah (LCCT) baru di Labu, Negeri Sembilan tidak boleh diteruskan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

‘‘Kita sudah membuat keputusan. Projek LCCT tidak boleh diteruskan,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas mesyuarat khas Menteri-Menteri Kewangan ASEAN+3 di pulau peranginan di selatan Thailand hari ini.

Najib berkata, projek itu tidak boleh diteruskan kerana cadangan asal ialah konglomerat Sime Darby tidak akan menanggung kos pembinaan infrastruktur, sebaliknya akan menjual tanah kepada pihak yang membina, misalnya Malaysia Airports Berhad.
bagi aku baguslah projek mega ini dibatalkan sepenuhnya kerana melalui blog mantan PM, iaitu che det..TDM telah menentang sekeras2nya pembinaan satu terminal baru di kawasan berhampiran KLIA..mungkin kerana jika pembinaan ini diteruskan, kesannya samada KLIA atau terminal baru tersebut akan menjadi satu lagi projek gajah putih di malaysia..dan yang paling penting wang rakyat terselamat daripada dibazirkan begitu saja..

dalam perkembangan yang berkaitan dengan KLIA, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak)mencadangkan untuk kerajaan menukarkan nama KLIA menjadi "LTAM" ataupun "MIA"..

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang ditukar nama kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Mahathir.

Timbalan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, ia bagi menghargai sumbangan bakti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Beliau banyak membawa pembangunan dan berjasa kepada penduduk negara ini.

"Tidak salah sekiranya lapangan terbang yang dibina ketika era pemerintahannya ditukar nama sebagai mengenang jasa dan budinya selama ini,'' katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
bagi perkara seperti ini tak menjadi ganjil di dunia, cuma jika dilaksanakan juga di malaysia, malaysia memerlukan beberapa buah lagu lapangan terbang baru untuk dinamakan sempena nama PM ke 5 nya yang bakal menyerahkan kuasanya tak lama lagi..dan sebuah lagi juga kepada bakal PM ke 6 malaysia..

sama2 lah kita renung2 kan..

[+/-] Selengkapnya...

Tidak jadi..(1)

angpau untuk hari raye cine nampak nye telah ditarik balik oleh sang menteri yang bertanggungjawab mengenainye, iaitu Datuk Shahrir Abdul Samad..ini merupakan berita gembira kepada rakyat malaysia seluruhnye walaupun setelah dia mengumumkan kenaikan harga gula tempoh hari telah menimbulkan sedikit sebanyak keadaan huru hara di malaysia..kerana sebarang kenaikan harga gula akan merubah harga makanan yang lain di pasaran..

ada pihak yang berpendapat bahawa pembatalan kenaikan harga gula ini disebabkan sesuatu yang akan berlaku tak lame lagi iaitu pilihanraye kecil di 2 bukit di utara semenanjung malaysia..persoalannye adakah gula ini akan ditukarkan menjadi gula2 menjelang pilihanraye ini??..

ini petikan dari utusan malaysia

Harga gula yang diuar-uarkan akan naik hujung bulan ini kekal pada kadar sedia ada.

Ini bermakna harga gula kasar dan gula halus kekal RM1.45 dan RM1.55 sekilogram di Semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak RM1.55 dan RM1.65.

walaupun demikian, aku sebagai pengguna yang setiap hari akan membeli makanan daripada kedai2 makan..bersyukur dengan penarikan semula cadangan kenaikan harga gula di pasaran..adakah menteri seorang ini atau wakilnye telah membuat tinjauan di blog2 rakyat malaysia tentang reaksi rakyat mengenai kenaikan harga gula ini seperti mana aku telah tulis sebelum ini??..

jika benar, tahniah diucapkan kerana mengambil berat tentang kehidupan kami sebagai rakyat malaysia yang telah dihimpit akibat krisis kegawatan ekonomi dunia sekarang..cukuplah cukai yang dikutip/diperah semula kerajaan untuk mendapat semula wang rebet daripada rakyat jelata..

pesanan aku sebagai rakyat malaysia yang kerdil ini kepada para menteri sekalian, anda telah dilantik untuk menjadi menteri bagi mewakili rakyat..silalah berfikir terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan atau kenyataan dikeluarkan dari bibir mulut anda itu..kerana kesan darinya tindakan atau kenyataan itu akan dirasai rakyat seluruhnye..

[+/-] Selengkapnya...

Dari..(7)

satu lagi assignment dari cik [x]o[x]o..
mau tau teruskan lah membaca nya..
hohoho..

7 CIRI-CIRI WANITA/LELAKI IDAMAN ANDA
# seorang yang dilahirkan sebagai wanita/perempuan..
# seorang muslim..
# mempunyai pengetahuan agama..
# sayang ahli keluarganya..
# bertanggungjawab..
# jujur..
# terima diri aku sebegini..


7 ORANG YANG ANDA PERNAH MINATI SEPANJANG HIDUP
# rasulullah s.a.w..
# para nabi dan rasul..
# para sahabat..
# pemimpin yang adil menjalankan tugasnye..
# tokoh2 ilmiah yang terkemuka di dunia..
# usahawan, jutawan, billionair seluruh dunia..
# cendiakawan..


7 PERASAAN SEKIRANYA KELUAR DENGAN ORANG YANG ANDA MINATI
# bersyukor..
# terharu..
# gembira teramat..
# gementar..
# bercampur baur..
# berdebar-debar..
# teragak-agak..


7 TEMPAT ISTIMEWA YANG INGIN DILAWATI BERSAMA PASANGAN
# mekah..
# madinah..
# masjid..
# tempat kenangan kami berdua..
# pulau2 dekat malaysia..
# pantai yang cun2 untuk dilepak..
# kawasan air terjun yang sejuk mejuk..


7 BARANGAN ISTIMEWA YANG AKAN DIHADIAHKAN KEPADA PASANGAN
# al-quran..
# hatiku..
# hantaran kepadanya..
# kebahagiaan..
# permintaannya yang dapatku penuhi..
# barang2 dapur..
# barangan tajaan..


7 TAJUK LAGU YANG AKAN ANDA NYANYIKAN UNTUK PASANGAN
# belum difikirkan lagi..
# aku tak tahu..
# aku tak pasti..
# sedapkah suara aku??..
# bila mahu nyanyi??..
# mengapa mahu nyanyi??..
# siapa mahu nyanyi??..


7 RAKAN YANG ANDA AKAN TAG
#untuk soalan last ini, aku skip lah okeh..leh kan..hohoho..
tapi still ada option untuk sape2 yang berminat hendak menjawab nye..

susah sungguh tag kali ini..
mau peluh2 den dibuat nye..
hohoho..

[+/-] Selengkapnya...

Dari..(6)

dari cik amoi


mekasih cik amoi sebab dengan bek ati kaci award ni..:Onion02:

[+/-] Selengkapnya...

Malaysia ku hebat..


baru2 ini telah keluar dalam surat khabar menyatakan jumlah sumbangan daripada rakyat malaysia kepada penduduk di gaza adalah berjumlah kira2 RM 18 juta.. waa aku sebagai rakyat malasyia sungguh berbangga terhadap keprihatinan rakyat malaysia untuk menyumbang dan membantu saudara2 kita di semenanjung gaza itu..

namun pada hari yang sama juga ada berita dilaporkan oleh menteri di parlimen menyatakan bahawa bahawa kos yang dikeluarkan oleh pihak polis bagi menjaga ketenteraman awam di kuala terengganu semasa pilihan raya kecil tempoh hari berjumlah rm 15 juta..kita dapat dilihat disini angaka tersebut tak jauh daripada jumlah yang terkumpul hasil kutipan orang ramai di malaysia..

bukannya aku menafikan kepentingan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman orang ramai..tapi yang aku pertikai kan disini adalah mengenai kos yang perlu ditanggung oleh rakyat malaysia seluruh nya melalui potongan gaji bulanan mereka, cukai jalan, dan pelbagai cukai lagi lah..

rm 15 juta adalah satu kos yang tinggi bagi satu pilihanraya kecil..cuba kite bayangkan pada awal bulan april ini telah diumumkan bahawa akan terdapat pilihanraya di 2 bukit di malaysia..iaitu bukit selambau di kedah dan juga bukit gantang di perak diadakan..berapakah dana yang bakal dikeluarkan oleh kemeterian dalam negeri bagi pilhanraya ini..ini bakal ditambal lagi sekiranya tawaran meletakkan jawatan oleh Elizabeth Wong, adun bukit lanjan yang kini terkenal di seluruh malaysia akibat penyebaran gambar tidurnya yang terdedah, diterima oleh mb selangor dan diperkenan kan oleh sultan selangor..menjadikan satu sejarah dimalaysia dimana pilihnaraya kecil bagi 3 bukit dijalankan hampir atau pada masa serentak..

bagi aku sekiranya duit sebanyak itu dibelanjakan untuk membantu penduduk di palestin adalah lebih elok..kerana mereka lebih memerlukan bantuan2 dari negara islam yang lain setelah mesir, sebagai jiran terdekat langsung tak membantu mereka malah telah menutup pintu sempadan..

[+/-] Selengkapnya...

Bukan nama Bunga!!..

hoho..penafian dari pihak yang berkuasa mengenai perkara yang mula menjadi bualan buah mulut rakyat malaysia sekarang ini..hohoho..



KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. semalam menjelaskan bahawa kenderaan pelbagai guna (MPV) barunya, Exora, tidak mengambil sempena nama sejenis bunga.

Bagaimanapun, sebutannya serupa dengan nama sejenis bunga, Ixora, kata pembuat kereta itu dalam satu kenyataan semalam.

"Exora dipilih kerana ia bukan nama haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Perkataan Exora tidak wujud," kata Proton sambil menambah bahawa nama tersebut dipilih selepas proses pemilihan yang teliti dijalankan.

MPV baru itu mencetuskan isu berikutan nama Exora yang hampir sama dengan nama sejenis bunga, sedangkan peraduan menamakan kereta itu tidak membenarkan nama bunga atau haiwan digunakan.
Proton berkata, semasa proses pemilihan itu, syarikat itu telah menolak semua penyertaan yang merujuk kepada haiwan atau tumbuhan-tumbuhan.

Contohnya, Proton menerima sejumlah 139 penyertaan yang memberikan nama Ixora dan 39 penyertaan yang memberikan nama Exora. Syarikat itu menolak Ixora kerana ia nama sejenis bunga..

sumber : kosmo
tapi mengapa pihak proton dengan kadar yang segera menafikan bahawa nama proton exora ini adalah merupakan nama sekuntum bunga yang mekar berkembang di taman..hohoho..mungkin pihak proton sedar akan satu kerugian jika penafian ini tak dilakukan dengan kadar segera, kemungkinan bahawa penempahan yang dijadualkan akan bermula pada 21 februari 2009 ini tak akan mendapat sambutan daripada pihak lelaki..hohoho..namun ini semua adalah andaian yang dibuat oleh penulis semata2..hohoho..

[+/-] Selengkapnya...

Just Sharing..

post kali just nak share pasal Life Museum atau dalam bahasa melayu Musium Kehidupan di Thailand..

tapi sebelum itu, ingin diberi peringatan gambar mempunyai unsur2 yang menakutkan atau menyeramkan..sesiapa yang kurang mempunyai daya ketahanan adalah tak digalakkan unutk melihatnya..






terima kasih kerana sudi melihat juga..namun jika terdapat apa2 kesan akibat melihat gambar ini tak akan ditanggung oleh penulis..hohoho

[+/-] Selengkapnya...

Dari..(5)

dari cik [x]o[x]o

mekasih cik [x]o[x]o sebab dengan bek ati kaci award ni..:Onion02:

[+/-] Selengkapnya...

exora..


exora..macam nama bunga bunga la pulak..tapi itulah yang telah difikirkan sesuai oleh proton, pembuat kereta nasional yang pertama bagi nama kereta keluaran terbaru nya..


dengan membawa 'tagline' keriangan keluarga kereta yang telah diwar2 kan sejak daripada tahun 2008 lagi ini akhirnya diberi nama melalui satu pertandingan memberi nama 'multi purpose vehicle' (mpv) pertama keluaran proton ini..

pemberi nama mpv kuluaran proton ini adalah seorang perempuan, Norsholihan Bt Abdul Eanich..oleh itu adalah tak memeranjatkan sekiranya nama bunga exora menjadi pilihan..Proton Exora direka dengan 7 tempat duduk ini akan mula dijual degan dijangka harga nya tak akan melebihi rm 80 000..mpv pertama buatan malaysia diumukan boleh mula ditempah mulai 21 februari 2009, iaitu sabtu ini..so kepada sesiapa yang berminat boleh lah mengunjungi pengedar proton yang berhampiran untuk menempahnya..hmmm..macam promoter proton pulak aku ni..hehe..

anyways memang tak salah kan untuk memberi sokongan kepada barangan buatan malaysia seperti ini..macam satu kempen kementerian sebelum ini, belilah barangan buatan malaysia..sesuai diamalkan amalan ini dimasa ekonomi dunia sedang merudum ini..

sumber : Paultan

[+/-] Selengkapnya...

Kaya nya mereka..

Senarai 20 orang terkaya di malaysia..

RankNama JumlahEset ($BIL)Umor
1 Robert Kuok 10.00 84
2 Ananda Krishnan 7.20 70
3 Lee Shin Cheng 5.50 69
4 Teh Hong Piow 3.50 78
5 Lee Kim Hua & family 3.40 79
6 Quek Leng Chan 2.40 67
7 Yeoh Tiong Lay & family 2.10 78
8 Syed Mokhtar AlBukhary 1.80 56
9 Vincent Tan 1.30 56
10 Tiong Hiew King 1.10 78
11 Azman Hashim 0.70 68
12 William H. J. Cheng 0.66 65
13 Lee Swee Eng 0.50 52
14 Ong Beng Seng 0.47 63
15 Lim Kok Thay 0.35 56
16 Vinod Sekhar 0.32 40
17 Lee Oi Hian 0.30 57
18 Yaw Teck Seng 0.30 70
19 Anthony Fernandes 0.29 44
20 Mokhzani Mahathir 0.29 47


hmmm..banyak nya harta mereka2 ini walaupun dilaporkan keseluruhan nya merosot rm 76b..kalu aku lah ditakdirkan dapat, makan sampai anak cucu pun tak habis kot gamaknya..ops sempat lak aku berangan hendak jadi kaya..taku sedar tak ada istilah duit percuma di dunia ini..hmm..yang membanggakan aku ialah dari top 20 ini, 3 dari nya adalah dari bangsaku sendiri..diharap dengan kekayaan yang diperolehi ini akan kembali ke bangsa sendiri dengan memberikan bantuan atau apa2 yang difikirkan perlu demi sama2 membolehkan bangsa ku ini bersaing..syabas diucapkan kepada Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary..semoga sumbangan beliau terhadap orang melayu dan islam melalui Yayasan AlBUkhary dapat diteruskan dengan pertolongan dari NYA..amin..

sumber : Forbes..

[+/-] Selengkapnya...

mission accomplished..

akhirnya pada malam ini problem yang dihadapi oleh blog ini sebelum ini telah dapat diatasi..sungguh gumbira rasa dihati..

:Onion17::Onion17::Onion17:

[+/-] Selengkapnya...

under constuction..


blog ni sedang pembinaan semula..harap maklum..

[+/-] Selengkapnya...

Dari..(4)

hohoho..tag from [x]o[x]o..

de Rules:
It's harder than it looks :Onion08:
Copy to your own note, erase my answer, enter yours and TAG 10 people.
Use the first letter of your name to answer each of the following questions.
They have to be real.. nothing made up!
If the person before you had the same initial, you must use different answers.
You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.
Have fun!


1/ What is your name?
Mohammad ...............................

2/ A four letter word?
Malu :Onion22:

3/ A boy's name?
Man :Onion17:

4/ A girl's name?
Minah :Onion15:

5/ An Occupation:
Mandor..:Onion42:

6/ A color :
Merah..

7/ Something your wear :
mane ad mende ni.. :Onion40:

8/ A food :
Mee kari

9/ Something found in the bathroom :
Mangkuk jamban... :Onion32:

10/ A place :
Melaka

11/ A reason for being late :
Mati akal.. :Onion29:

12/ Something you shout :
mampus aku jawab tag ni..:Onion72:

13/ A movie title :
madagascar..:Onion17:

14/ Something you drink :
mineral water..

15/ A musical group :
may..:Onion53:

16/ A street name :
melaka street..

17/ A type of car :
misthubishi ..

18/ A song title :
mungkin nanti - peterpan:Onion23:

19/ A verb :
malu:Onion38:

tok seterusnye..kalu nk breaking de rule leh kn..nk stop kn tag ni kt sini r..ok x..:Onion18:
tapi kepada sesape yang berminat leh je amik nye..tiada bayaran akan dikenakan..just nk mntak blanje makan je..:Onion18:

[+/-] Selengkapnya...

Isteri oh Isteri...


tok post kali ni, ada kene mengena dengan berita yang keluar dalam harian metro (HM) hari ini iaitu tentang tajuk nya "Sampai hati isteri".. bile membaca berite ini dalam HM tadi, timbul beberapa persoalan di lubuk hati ini..

pertama kenapakah kejadian seperti ini perlu berlaku, ketika mana pemerintah negara kita melaung2 kan bahawa malaysia negara islam, dan pelopor islam hadhari.. pe yang dimaksudkan dengan hadhari itu pun aku tak paham..ops sebelum melalut jauh..

sebelum ini kite sering kali mendengar perkataan "nasi kangkang" atau juga dikenali sebagai "nasi tangas"..ia adalah adalah amalan khurafat segelintir masyarakat melayu..pengamalnya tidak takut akan dosa melakukan perkara tersebut kerana telah dihasut oleh syaitan yang akan membawa mereka ke neraka jahanam..bagi mereka tujuan meraka tak salah dan tak berdosa..kerana apa yang selalu terjadi dimana sang isteri tak dipedulikan di rumah oleh sang suami yang sering berfoya2 di luar..


oleh yang demikian sang isteri sanggup pergi berjumpa sang bomoh, kerana menginginkan sang suami berada di rumah serta patuh dan tunduk terhadap perintah dan arahan sang isteri..apa yang teruk nya disini perbuatan ini dilakukan dengan memasukkan sesuatu yang dikira sebagai najis kedalam makanan sang suami..perbuatan ini nyata salah kerana isteri bertanggungjawab menyediakan makanan yang baik dan elok untuk suami nya telah memasukkan benda yang aku kira tak enak untuk dimasukkan kedalam post ini..

alasan untuk mengembalikan keamanan rumah tangga adalah sama sekali tak dapat diterima..bagi aku biarlah hubungan suami isteri tersebut berakhir dengan penceraian daripada melakukan sesuatu yang jelas bertentangan dari ajaran islam..disini akan menguji tahap keimanan seseorang itu terhadap pencipta kita yang maha agung..

wahai sang isteri sedar lah bahawa perbuatan engkau salah disisi-NYA..wahai sang suami kemanakah tanggungjawab engkau untuk membimbing isterimu yang telah diamanahkan untukmu menjaganya..

ini luahan hati aku yang jahil lagi dalam bab2 rumah tangga..

[+/-] Selengkapnya...

Perlukah??..



Apa pendapat korang tentang valentine day??.. Betulkah ada satu hari sahaja untuk berkasih sayang..Atau ia hari dimana kita boleh meluahkan perasaan kita kepada pasangan..Apakah hari lain tak boleh meluahkan perasaan itu??..Apakah sebenarnya cerita di sebalik valentine ni??..

Sepatutnya hari valentine ni tak sepatutnya di raikan oleh orang islam..budaya dan amalan meraikan valentine day adalah dilarang keras oleh agama islam..haram..ini ada kerana perayaan itu mengandungik unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat..



Betul juga..kenapa perlu kita nak mengagungkan budaya kristian..sekiranya kita merayakannye bermakna kita juga menggalakkan maksiat..kasih sayang sesuatu yang luas dan universal..kita tidak memerlukan hari hari tertentu untuk melafazkan kasih sayang cinta kita pada seseorang..hari2 biasa pon boleh juga kan..buat apa nak menunggu 14 februari..apa istimewanya 14 februari itu..kalau tanpa 14 februari itu tak boleh kah kita berkasih sayang..

rata2 masyarakat terlalu mengagung2kan valentine day ini..ada sesetengah pihak tu sanggup mengadakan beberapa function..ada juga hotel2 yang menawarkan diskaun sempena valentine ini..ada juga restoren restoren mewah..buat candle light dinner..apa ni semua??..itu semua budaya barat..itu semua menyumbang ke arah jalan kemaksiatan..dimulakan dengan candle light dinner..apabila sudah kenyang mula lah mencari hotel..selepas itu bayang2 kan lah sendiri..

hmm dekat bawah ini sedikit info pasal valentine day ini..

sejarah valentine

1) Pendapat pertama, valentine day bermula semasa pemerintahan empayar room iaitu dengan menetapkan 14 feb sebagai hari cuti bagi orang juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi rom. Hari selepas itu iaitu 15 feb.. bermulanya satu pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat room dimana pada malam pesta tersebut nama -nama gadis Rom di tulis di atas kertas dan di masukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas tersebut dannama yang terpilih akan menjadi pesangan di sepanjang pesta berlangsung...
2) Pendapat kedua menyatakan pad 14 feb 270 masihi, St. Valentine di bunuh kerana pertelingkahannya dengan raja romawi yang di perintah oleh Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dah pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedrai hakikat itu , St Valentine dan st. marius telah mengahwinkan orang -orang kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga matai serta dipenggal kepalanya pada 14 feb dalam tahun 270 mashi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan , keberanian, dan kepasrahan, dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 feb dijadikan sebagai haria memperingati kematian. ST. Valentine sebagai upacara keagamaan..
3) Pendapat ketiga mengatakan Valentines diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada pzamanpemerintahan Ratu Isabela dari Sepanyol iaitu St. Valenine yang status kedudukannya adalah di tempatp kedua tertinggi selepas pope. Apabila St. Valentine menyatakan h asrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengmal protestan sewaktu kerajaan sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan islam, Timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik ang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, Lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak b oleh berkahwin. Tindakan St.valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 feb sebagai hari kekasih untuk St valentine sendiri..
jadi dimanakah keperluan kita sebagai muslim untuk meraikan valentine day ini sedangkan terdapt 365 hari untuk melafazkan kata cinta kepada yang tersayang..

p/s : "i love you sayang"..hehe..malu

[+/-] Selengkapnya...

Siapa??..


Siapakah gambar di sebelah ini?? adakah sesiapa yang tahu??.. kalau tahu sila angkat tangan..hehe..kalau hendak tahu bacalah artikal di bawah..hehe..



Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. -utusan-



hmmm..pertama sekali aku hendak ucapkan tahniah lah dekat ketua hakim malaysia yang bagi aku lah kan, perlantikan ini memang telah lama aku jangkakan..sejak perdana menteri ke 5 malaysia mengumumkan tentang penubuhan suruhanjaya perlantikan hakim lagi..bagi sesetengah pihak terutama nye pembangkang di malaysia menyifatkan penubuhan suruhanjaya perlantikan hakim ini adalah sia2..malah mereka telah menamakan suruhanjaya ini sebagai suruhanjaya memberi nama hakim..

memang lawak bukan..namun kalu kite teliti dengan lebih teliti macam seakan kebanaran dari dakwaan pihak pembangkang ini..kerana apa penubuhan suruhanjaya yang telah menjadi manifesto yang dilaung2kan akan dilaksanakan pada pilihanraye ke 11 yang lalu iaitu pada tahun 2004, hanya mempunyai kuasa untuk mencalonkan satu nama yang dilihat berkelayakan untuk menjadi ketua hakim yang baru kepada perdana menteri yang kemudiannye akan mempersembahkan nama tersebut kepada Yang diPertuan Agung untuk meminta perkenan baginda..sekiranye nama yang diberikan oleh suruhanjaya tersebut tak menjadi pilihan dihati perdana menteri, perdana menteri akan menyuruh suruhanjaya tersebut mencalonkan satu nama lain sebagai pengganti..

jelas kan disini, suruhanjaya yang baru sahaja ditubuhkan ini tak mempunyai apa2 kuasa..seperti mana juga seruhanjaya hak asasi manusia malaysia atau lebih dikenali sebagai suhakam, yang tak mempunyai kuasa..suhakam di malaysia dilihat sebagai satu suruhanjaya yang langsung tak mempunyai taring, kerana kite boleh lihat kejadian terbaru yang boleh membuktikannye, suhakam telah berpendapat bahawa perlantikan mb baru di perak boleh dipertikaikan..namun ia langsung tak diambil peduli oleh sesiapa..kerana apa yang aku lihat, pihak yang mengambil alih tersebut mempunyai "link atau cable" besar dari putrajaya..

ops melalut jauh pulak dari suruhanjaya perlantikan hakim, menurut pembacaan aku..ahli2 yang akan menganggotai suruhanjaya ini terdiri dari Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, dan beberapa hakim kanan lagi di malaysia..ape yang menghairankan adalah ahli2 suruhanjaya ini terdiri dari mereka2 inilah yang bakal dipilih menjadi ketua hakim seterusnye..kenapakah ahli2 didalam suruhanjaya ini tak dipilih dari bekas2 ketua2 hakim negara yang sebelumnye bagi memastikan sistem kehakiman di malaysia menjadi lebih tulus..

ini fakta tentang pengerusi perlantikan hakim merangkap ketua hakim negara skrg..

nama : Tan Sri Zaki Azmi

umur : 64 tahun (ada masa 2 tahun lagi untuk kekal jadi ketua hakim)

kerjaya : - peguam
- panel Suruhanjaya Diraja Menyiasat Pasukan Polis (2004)
- Pengerusi Lembaga Disiplin (Teknikal) UMNO (harap2 dia ini adil lah kan)

kontroversi :
- menjadi hakim mahkamah persekutuan selama 2 bulan sebelum dilantik menjadi Presiden Mahkamah Rayuan (tempoh singkat ini mungkin kerana banyak jasanya terhadap umno kot)
- mengaku pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah pada tahun 1987 (contoh teladan yang bagus dari seorang anak bekas ketua hakim negara dan ketua hakim negara)

[+/-] Selengkapnya...

Dari..(3)

tagged from nana and alien13

1/ Your name or username

GeNeRaSi MaLaYSia

2/ Left handed or Right handed
lefthanded ..

3/ Favourite letter to write
A..

4/ Least favourite letter to write?
W kot..:Onion40:

5/ Do you think you are HOT?
tak baru pas mandi.. hehehe..

6/ Upload your favourite pic





7/ Why do you like diz pic?

bendera negara ku tercinta:Onion73:

8/ The last song you listen to?
wonderpet - versi melayu:Onion23:

9/ What are you doing right now besides this?
blogging, tgk anime.. :Onion17:

10/ 5 people I'm going to tag:Onion40:
sp2 yg mau sile lah ambil..jgn malu jgn segan...

[+/-] Selengkapnya...

Apa yang penting..

hmm..ini adalah lanjutan dari post aku sebelum ini..kadang2 situasi di malaysia terlalu sangat celaru..celaru dengan lompat2 lah..kes2 rasuah lah disana sinun..kat sini lah kadang2 katun yang ditonton budak2 sepatutnye di tonton oleh orang yang mendakwa mereka lebih matang dan dewasa..ini kerana ape,kartun wonderpet seperti yang ditayangkan di tv9, sepatutnye memberi kesedaran kepada ahli2 politik di malaysia..sepatutnye mereka lebih memberi perhatian yang lebih kepada rakyat itu sendiri daripada asyik cuba menarik ADUN dan wakil rakyat melompat parti dengan harapan merampas dan menumbangkan kerajaan..

ingatlah wahai ahli2 politik malaysia sekalian, nasib kami di tangan anda..dan nasib anda juga di tangan kami..oleh itu mainkan peranan anda dengan baik agar malaysia boleh menjadi sebuah negara maju di mas hadapan..

apa yang penting??..kerjasama..
apa yang penting??..kerjasama..

:Onion54:

layankan lagu tema wonderpet..sesiapa yang berminat boleh download kan lagu ini..

:Onion23:

Wonderpet..


Apa yang penting!

Kerja sama..

Apa yang penting!

Kerja sama..


Wonderpets! Wonderpets!

Kami datang,

Membantu sesiapa yang kesusahan,

Kami tak besar dan kami tak kuat

Bila bekerjasama,

Semua jadi mudah


Yayy wonderpets!!

Yayy

:Onion17::Onion17::Onion17:

kredit to diana a.k.a budakhingus

[+/-] Selengkapnya...