
Ini sedikit info atau boleh juga dipanggil sebagai tips yang bagus untuk diamalkan oleh semua..ia ditujukan untuk kanak2..tapi aku rasa, ia layak untuk juga diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengenal umor, bangsa dan pahaman agama..
Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibubapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup..
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu
makan:
1. Tunggu orang yang paling tua
"kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. kalau tidak ada ayah, emak dulu.. rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita.. jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."
2. Baca bismalah dan guna tangan kanan
"anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya.. yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan.. melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat.. amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah.".
3. Ambil lauk terdekat dulu
"bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat.. kenapa? melatih sabar.. kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik.. ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja..
"kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. memang anak akan rasa lain.. kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.. kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita.. malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah
waktunya."
4. Kawal suapan
"bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan.. sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut.. untuk apa? melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada.. atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan.."
Ustaz Sobri berkata, "perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri.. sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh.."
p/s: gambo di atas sumber nye google..
Klik2 Sini...

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi..
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul..
Semoga sambutan pada kali ini akan memberi impak yang besar kepada seluruh ummah di Malaysia dan juga di dunia..
ini luahan hati aku yang jahil lagi dalam bab2 rumah tangga..

Apa pendapat korang tentang valentine day??.. Betulkah ada satu hari sahaja untuk berkasih sayang..Atau ia hari dimana kita boleh meluahkan perasaan kita kepada pasangan..Apakah hari lain tak boleh meluahkan perasaan itu??..Apakah sebenarnya cerita di sebalik valentine ni??..
Sepatutnya hari valentine ni tak sepatutnya di raikan oleh orang islam..budaya dan amalan meraikan valentine day adalah dilarang keras oleh agama islam..haram..ini ada kerana perayaan itu mengandungik unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat..
Betul juga..kenapa perlu kita nak mengagungkan budaya kristian..sekiranya kita merayakannye bermakna kita juga menggalakkan maksiat..kasih sayang sesuatu yang luas dan universal..kita tidak memerlukan hari hari tertentu untuk melafazkan kasih sayang cinta kita pada seseorang..hari2 biasa pon boleh juga kan..buat apa nak menunggu 14 februari..apa istimewanya 14 februari itu..kalau tanpa 14 februari itu tak boleh kah kita berkasih sayang..
rata2 masyarakat terlalu mengagung2kan valentine day ini..ada sesetengah pihak tu sanggup mengadakan beberapa function..ada juga hotel2 yang menawarkan diskaun sempena valentine ini..ada juga restoren restoren mewah..buat candle light dinner..apa ni semua??..itu semua budaya barat..itu semua menyumbang ke arah jalan kemaksiatan..dimulakan dengan candle light dinner..apabila sudah kenyang mula lah mencari hotel..selepas itu bayang2 kan lah sendiri..
hmm dekat bawah ini sedikit info pasal valentine day ini..
sejarah valentine
1) Pendapat pertama, valentine day bermula semasa pemerintahan empayar room iaitu dengan menetapkan 14 feb sebagai hari cuti bagi orang juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi rom. Hari selepas itu iaitu 15 feb.. bermulanya satu pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat room dimana pada malam pesta tersebut nama -nama gadis Rom di tulis di atas kertas dan di masukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas tersebut dannama yang terpilih akan menjadi pesangan di sepanjang pesta berlangsung...
2) Pendapat kedua menyatakan pad 14 feb 270 masihi, St. Valentine di bunuh kerana pertelingkahannya dengan raja romawi yang di perintah oleh Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dah pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedrai hakikat itu , St Valentine dan st. marius telah mengahwinkan orang -orang kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga matai serta dipenggal kepalanya pada 14 feb dalam tahun 270 mashi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan , keberanian, dan kepasrahan, dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 feb dijadikan sebagai haria memperingati kematian. ST. Valentine sebagai upacara keagamaan..
3) Pendapat ketiga mengatakan Valentines diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada pzamanpemerintahan Ratu Isabela dari Sepanyol iaitu St. Valenine yang status kedudukannya adalah di tempatp kedua tertinggi selepas pope. Apabila St. Valentine menyatakan h asrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengmal protestan sewaktu kerajaan sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan islam, Timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik ang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, Lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak b oleh berkahwin. Tindakan St.valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 feb sebagai hari kekasih untuk St valentine sendiri..jadi dimanakah keperluan kita sebagai muslim untuk meraikan valentine day ini sedangkan terdapt 365 hari untuk melafazkan kata cinta kepada yang tersayang..
p/s : "i love you sayang"..hehe..
