tok post kali ni, ada kene mengena dengan berita yang keluar dalam harian metro (HM) hari ini iaitu tentang tajuk nya "Sampai hati isteri".. bile membaca berite ini dalam HM tadi, timbul beberapa persoalan di lubuk hati ini..
pertama kenapakah kejadian seperti ini perlu berlaku, ketika mana pemerintah negara kita melaung2 kan bahawa malaysia negara islam, dan pelopor islam hadhari.. pe yang dimaksudkan dengan hadhari itu pun aku tak paham..ops sebelum melalut jauh..
sebelum ini kite sering kali mendengar perkataan "nasi kangkang" atau juga dikenali sebagai "nasi tangas"..ia adalah adalah amalan khurafat segelintir masyarakat melayu..pengamalnya tidak takut akan dosa melakukan perkara tersebut kerana telah dihasut oleh syaitan yang akan membawa mereka ke neraka jahanam..bagi mereka tujuan meraka tak salah dan tak berdosa..kerana apa yang selalu terjadi dimana sang isteri tak dipedulikan di rumah oleh sang suami yang sering berfoya2 di luar..
oleh yang demikian sang isteri sanggup pergi berjumpa sang bomoh, kerana menginginkan sang suami berada di rumah serta patuh dan tunduk terhadap perintah dan arahan sang isteri..apa yang teruk nya disini perbuatan ini dilakukan dengan memasukkan sesuatu yang dikira sebagai najis kedalam makanan sang suami..perbuatan ini nyata salah kerana isteri bertanggungjawab menyediakan makanan yang baik dan elok untuk suami nya telah memasukkan benda yang aku kira tak enak untuk dimasukkan kedalam post ini..
alasan untuk mengembalikan keamanan rumah tangga adalah sama sekali tak dapat diterima..bagi aku biarlah hubungan suami isteri tersebut berakhir dengan penceraian daripada melakukan sesuatu yang jelas bertentangan dari ajaran islam..disini akan menguji tahap keimanan seseorang itu terhadap pencipta kita yang maha agung..
wahai sang isteri sedar lah bahawa perbuatan engkau salah disisi-NYA..wahai sang suami kemanakah tanggungjawab engkau untuk membimbing isterimu yang telah diamanahkan untukmu menjaganya..
ini luahan hati aku yang jahil lagi dalam bab2 rumah tangga..
Post a Comment