Klik2 Sini...

Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts

Kejutan..


29 Mac 2009 boleh dianggap sebagai hari menarik..kerana pada tarikh tersebut, sekali lagi terciptanya beberapa sejarah buat tanah air ku malaysia..diawal2 pagi kita telah didatangi kejutan pertama, dimana seramai 15 calon telah disahkan pencalonannya oleh suruhanjaya pilihanraya (SPR) bagi bertanding merebut kerusi N25 DUN Bukit Selambau..mereka terdiri daripada 1 calon barisan nasional(BN), Datuk S. Ganesan dan 1 calon parti keadilan rakyat(PKR), S. Manikumar. serta 13 calon2 bebas yang turut bertanding ialah R. Loganathan, Tan Hock Huat, Radzi Md Lazim, Mohd. Fadzil Abdul Wahab, Abdul Rahim Abu, L. Sarala, A. Jayagopal, S. Moganakumar, Khamis Awang, Husaini Yaacob, M. Vanesan, Mejar (B) Anuar Abd Hamid dan T. Chandrarajan..

manakala sebuah lagi bukit yang turut meriah sehingga 7 April 2009 ini adalah bukit gantang..di P059 parlimen bukit gantang menemukan pertarungan 3 penjuru, dimana 1 calon BN, Ismail Saffian, dan 1 calon Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, serta 1 calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris..

satu lagi pertarungan yang bakal diadakan serentak bersama2 kedua2 bukit ini adalah N29 DUN batang ai..yang mana bakal menyaksikan pertarungan Malcom Mussem Lamoh sebagai calon BN menentang dengan Jawah Gerang dari PKR..

nampaknya disini bukit selambau mempunyai ramai peminat yang ingin menaklukinya berbanding sebuah bukit lagi..pertandingan 15 penjuru ini merupakan pertama kali berlaku di malaysia..ia juga menyebabkan SPR akan mengubah saiz kertas undi bagi membolehkan ia memuatkan semua nama senarai calon yang bertanding..

persoalannya, apakah sebab ramai nya calon pada kali ini di bukit selambau??..adakah PRK kali ini yang merupakan bebanan untuk calon TPM di bawah bakal PM ke 6 ini, akan berjaya dipikul oleh Tan Sri Muhyidin di ketiga2 tempat??..

p/s: hmmm..agak menarik PRK kali ini..

GeNeRaSi MaLaYSia

[+/-] Selengkapnya...

Dua bukit, satu batang..


dari tajuk di atas, apa yang anda terfikir..
hmmm..kalu tiada apa yang terlintas di dalam fikiran anda, ini bermakna fikiran anda masih suci sesuci nya..hehehe..
namun jika terdapat sesuatu yang tiba2 terlintas di benak fikiran anda, ini bermakana anda mungkin boleh di kategori kan sebagai manusia normal..kenyataan ini di khususkan kepada mereka yang telah di atas umor..hehehe..

yang sebernarnya berita yang aku maksudkan ialah seperti telh dilaporkan oleh beberapa akhbar selepas pengumuman yang di buat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Kuching, Sarawak hari ini..

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai pada 29 Mac ini dan pengundian pada 7 April depan jika ada pertandingan.

Ini bermakna proses pilihan raya kecil itu akan diadakan serentak bersama pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan DUN Bukit Selambau di Kedah.



[+/-] Selengkapnya...

Tidak jadi..(1)

angpau untuk hari raye cine nampak nye telah ditarik balik oleh sang menteri yang bertanggungjawab mengenainye, iaitu Datuk Shahrir Abdul Samad..ini merupakan berita gembira kepada rakyat malaysia seluruhnye walaupun setelah dia mengumumkan kenaikan harga gula tempoh hari telah menimbulkan sedikit sebanyak keadaan huru hara di malaysia..kerana sebarang kenaikan harga gula akan merubah harga makanan yang lain di pasaran..

ada pihak yang berpendapat bahawa pembatalan kenaikan harga gula ini disebabkan sesuatu yang akan berlaku tak lame lagi iaitu pilihanraye kecil di 2 bukit di utara semenanjung malaysia..persoalannye adakah gula ini akan ditukarkan menjadi gula2 menjelang pilihanraye ini??..

ini petikan dari utusan malaysia

Harga gula yang diuar-uarkan akan naik hujung bulan ini kekal pada kadar sedia ada.

Ini bermakna harga gula kasar dan gula halus kekal RM1.45 dan RM1.55 sekilogram di Semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak RM1.55 dan RM1.65.

walaupun demikian, aku sebagai pengguna yang setiap hari akan membeli makanan daripada kedai2 makan..bersyukur dengan penarikan semula cadangan kenaikan harga gula di pasaran..adakah menteri seorang ini atau wakilnye telah membuat tinjauan di blog2 rakyat malaysia tentang reaksi rakyat mengenai kenaikan harga gula ini seperti mana aku telah tulis sebelum ini??..

jika benar, tahniah diucapkan kerana mengambil berat tentang kehidupan kami sebagai rakyat malaysia yang telah dihimpit akibat krisis kegawatan ekonomi dunia sekarang..cukuplah cukai yang dikutip/diperah semula kerajaan untuk mendapat semula wang rebet daripada rakyat jelata..

pesanan aku sebagai rakyat malaysia yang kerdil ini kepada para menteri sekalian, anda telah dilantik untuk menjadi menteri bagi mewakili rakyat..silalah berfikir terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan atau kenyataan dikeluarkan dari bibir mulut anda itu..kerana kesan darinya tindakan atau kenyataan itu akan dirasai rakyat seluruhnye..

[+/-] Selengkapnya...

Malaysia ku hebat..


baru2 ini telah keluar dalam surat khabar menyatakan jumlah sumbangan daripada rakyat malaysia kepada penduduk di gaza adalah berjumlah kira2 RM 18 juta.. waa aku sebagai rakyat malasyia sungguh berbangga terhadap keprihatinan rakyat malaysia untuk menyumbang dan membantu saudara2 kita di semenanjung gaza itu..

namun pada hari yang sama juga ada berita dilaporkan oleh menteri di parlimen menyatakan bahawa bahawa kos yang dikeluarkan oleh pihak polis bagi menjaga ketenteraman awam di kuala terengganu semasa pilihan raya kecil tempoh hari berjumlah rm 15 juta..kita dapat dilihat disini angaka tersebut tak jauh daripada jumlah yang terkumpul hasil kutipan orang ramai di malaysia..

bukannya aku menafikan kepentingan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman orang ramai..tapi yang aku pertikai kan disini adalah mengenai kos yang perlu ditanggung oleh rakyat malaysia seluruh nya melalui potongan gaji bulanan mereka, cukai jalan, dan pelbagai cukai lagi lah..

rm 15 juta adalah satu kos yang tinggi bagi satu pilihanraya kecil..cuba kite bayangkan pada awal bulan april ini telah diumumkan bahawa akan terdapat pilihanraya di 2 bukit di malaysia..iaitu bukit selambau di kedah dan juga bukit gantang di perak diadakan..berapakah dana yang bakal dikeluarkan oleh kemeterian dalam negeri bagi pilhanraya ini..ini bakal ditambal lagi sekiranya tawaran meletakkan jawatan oleh Elizabeth Wong, adun bukit lanjan yang kini terkenal di seluruh malaysia akibat penyebaran gambar tidurnya yang terdedah, diterima oleh mb selangor dan diperkenan kan oleh sultan selangor..menjadikan satu sejarah dimalaysia dimana pilihnaraya kecil bagi 3 bukit dijalankan hampir atau pada masa serentak..

bagi aku sekiranya duit sebanyak itu dibelanjakan untuk membantu penduduk di palestin adalah lebih elok..kerana mereka lebih memerlukan bantuan2 dari negara islam yang lain setelah mesir, sebagai jiran terdekat langsung tak membantu mereka malah telah menutup pintu sempadan..

[+/-] Selengkapnya...

Malaysia oh Malaysia

Sepanjang satu hari ini kite disajikan dengan pelbagai berite tentang politik di malaysia..macam pelik sensangat apabila ini semua berlaku..macam memasing "desperate" sangat dengan kuasa..aku ulas ikut negeri lah lagi senang..






Perak


-beberapa orang penting atau yang pernah menjadi penting selama ini telah menggunakan situasi di perak sebagai batu loncatan mereka untuk kembali menjadi terkenal kembali selepas mereka nampaknye telah diketepikan sebelum ini menjelang mesyuarat agong tak lame lagi..tok pa, cik pidah dan rakan2 sewaktu dengan nye telah membuat "come back" ..hehe..

-MB bn, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan bahawa barisan exco nye akan diumukan esok..nampak perak akan mempunyai 2 MB dan 2 barisan exco selepas ini..

-pilihanraye kecil akan diadakan di perak tak berapa lama lagi..ini ini di atas pemergian YB Hj Roslan Shaharum wakil rakyat P059 BUKIT GANTANG kerana serangan jantung..nampak nye PRK tak dapat dielakkan lagi di perak..ayuh biarkan suara keramat rakyat yang menentukan..yang menariknye adalah DUN yang berada di dalam Po59 ini ialah N13 K.Sepetang, N14 Changkat Jering dan N15 Trong..ADUN N14 yang kini merupakan ADUN bebas yang menyokong bn akan tahu hala tuju beliau selepas PRK diadakan..keputusan PRK ini akan menunjukkan siapa pilihan rakyat perak untuk memerintah perak..

-cadangan seorang calon ketua pemuda umno, iaitu Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir..dia mencadangkan pas perak menyertai bn..bagi aku sungguh pelik cadangan ini..adakah cadangan ini untuk menonjolkan dirinye di media massa untuk mengalahkan pencabarnye seorang lagi yang acap kali keluar media sebagai wakil FAM..tau kan sape yang aku maksudkan itu..hehe..


Kedah

-de negeri kesayangan ku setelah beberapa hari mengadu telah ditawarkan untuk menyertai bn, ADUN N25, bukit selambau dilaporkan telah meletakkan jawatan sebai exco dan adun..V. Arumugam sebelumini telah membuat aduan polis sebelum ini dengan mengatakan keselamatan diri dan keluarga dia telah diancam sekiranye tak menyertai bn akhirnye meletakkan jawatan..nampaknye ini menunjukkan seperti malaysia ini sudah tak aman, kerana setelah aduan dilaporkan kepada polis..nampaknye dia dan keluarganye masih lagi diugut keselamatannye..dimanakah polis2..tolong selamatkan kami..

-dengan perletakan jawatan exco dan adun oleh V. Arumugam, di kedah akan ade juga PRK..semoga suara rakyat kedah menentukan segalanye..

[+/-] Selengkapnya...

Perak oh Perak..

setiap hari ada saje kejutan yang berlaku di perak..aku terase macam tengah tengok AF lah pulak..bermule dari lompat nye ADUN bota ke PKR atas sebab tak percaye kan kepimpinan umno dan bn perak..seterusnye berite kehilangan 3 ADUN yang langsung tak dapat dihubungi..dan seterusnye kemunculan ataupun come back nye 3 orang ADUN, iaitu behrang, changkat jering dan jelapang dengan hasrat ingin menjadi ADUN bebas..di gamatkan lagi dengan keputusan untuk ADUN bota kembali kepada umno dan bn setelah hilang beberapa hari selepas menyertai pkr..serta keputusan ADUN2 bebas tersebut untuk menyokong bn bagi menjatuhkan atau menukarkan kerajaan perak di bawah pimpinan datuk ir. nizar..

semalam nizar telah pergi menghadap tuanku sultan perak untuk meminta perkenan untuk membubarkan DUN perak..namun, sehingga kini tak ade berite mengenai nye..sebalik nye petang semalam 1 press conference (pc) telah diadakan di putrajaya oleh 'bakal pm'..dalam pc tu, najib telah mengumumkan bahawa bn telah mendapat majoriti mudah untuk memerintah perak..so de akan pergi menghadap sultan perak untuk menamakan calon mb perak..

bagi aku ade banyak persoalan yang sedang bermain2 kat dalam minda aku sekarang ni..pertama, adakah ADUN bota sekarang berada dalam keadaan waras??..kerana ape segala tindakan dan kelakuan beliau menjadi tanda tanye..apakah dia ini layak menjadi seorang wakil rakyat??..kerana dalam 10 hari saje dua keputusan yang ganjil bin ajaib telah dia buat..adakah ADUN bota ni berguru dengan tok guru nye di putrajaya selame ini sehingga membolehkan dia mahir dan cekap dengan ilmu flip flop ini..

persoalan kedua, bagaimana semua kejutan2 ini boleh berlaku dalam sekelip mata..sebab ape aku boleh kate macam itu, tak mengambil kire ombak tsunami rakyat yang melanda malaysia sehingga terlepasnye beberape buah negeri yang telah diperintah selame 51 tahun itu, selepas PRU 12..terdapat 2 pilihanraye kecil (PRK) yang telah diadakan, permatang pauh dan kuala terengganu..dimana keputusan kedua2 nye, rakyat telah memilih untuk tak memilih calon bn, apakah kewajaran tindakan keluar parti itu oleh behrang, changkat jering dan jelapang..atau ade cerite disebalik semua ini..

persoalan yang selebihnye aku biarkan korang fikirkan lah..apepun aku berharap rakyat yang diberi keutamaan dalam krisis politik di perak ini..ayoh biarkan rakyat mengeluarkan suara keramat nye melalui pilihanraye..biarkan mandat baru dari rakyat menjadi penentu sama ada kepimpinan 51 tahun atau 11 bulan yang layak terus memerintah negeri perak..diharap baginda sultan perak dapat membuat keputusan yang menyebelahi rakyat jelata perak..selamat meraikan ulang tahun jubli perak bagi sultan perak..

[+/-] Selengkapnya...

Lompat si katak lompat..

Lompat si katak lompat,

Lompatlah tinggi2,

Cepatlah adik cepat,

Bangun pagi gosok gigi,

Kalau adik lambat bangun,

Nanti adik akan rugi..


mesti tiap sorang dari generasi yang lahir di Malaysia ni pernah dengar akan lagu ni..kali ni aku bukan nak cite pasal lagu tu..aku nak cite pasal wakil2 kite kat parlimen atau pun kt DUN tu..hmm t’baru seperti yang telah diwar2 kan kat dalam media, ADUN bota telah bertukar parti..dari UMNO/BN ke PKR/PR..

aku sure memasing ade pendapat memasing..so kat sini aku just nak mintak pendapat kit dari korang tentang hal ni..pertanyaan nye ialah..adakah lompat parti ni wajar dilakukan oleh YB-YB kite tu??..kenape anda berkata sedemikian..

pe2 pun lagu diatas sesuai tok diturun kan kepada generasi akan datang.. :)

[+/-] Selengkapnya...

Reaksi...

Sejak kes A.Kugan mati di tangan polis ni aku dok tunggu pe reaksi yang chief MIC sorang ni nak cakap..namun rupe nye de ni takut la plak nak kasi sebarang komen..aku rase may be de ni takut lah..nak disokong takut de hilang jawatan chief tok MIC tu kang..kan dorang nye pemilihan parti tahun ni..so de takut la nak kua sebarang statement..nanti takut bangsa de cakap de ni tak bela nasib bangsa kaum de sendiri dan seterusnye tak pilih de lagi tok mewakili mereka..bukan pe dah lah tahun lepas leh t'lepas jawatan tok mewakili rakyat kat 1 Parlimen melalui pilihanraye kat perak tu ha..dan disebabkan tu gak la jawatan menteri tol t'lepas dari tangan de..hehe...
walaupun sebelum ni ad beberapa orang timbalan menteri dari MIC ni telah membuat kenyataan masing2..tapi aku consent kit statement dari bekas menteri tol ni..alamaklumlahkan de kan ketua nye..
sok may be klimaks tok kes ni kot..sebab ade pihak nak wat demo tok menyuarakan rase hati yang tak berpuas hati t'hadap polis..dan polis ade kua amaran tok melarang orang ramai dari join venture demo ni..
musykil aku..hmmm...persoalannye adakah de ni nak main nyorok2 je??..

[+/-] Selengkapnya...

44..pentingkah..

Umum sudah tahu tentang perlantikan Barack Hussein Obama II atau lebih dikenali Barack Obama (aku ringkaskan lagi menjadi Obama) sebagai presiden amerika ke 44..merupakan orang Amerika Afrika pertama dipilih menjadi Presiden Amerika dengan mengenepikan konsep perkauman yang tinggi di sane..ni kerana sebelum ni dari presiden yang pertama yang membuka bandar washington hinggalah preesiden yan menggelarkan dirinye sendiri sebagai presiden perang, mereka ni adalah berasal dari bangsa kulit putih..namun keputusan pilihanraye presiden pada hujung 2008, telah meletakkannye sebagai presiden ke 44 amerika..


dunia melihat dengan perlantikan Barack Obama ni sebagai harapan untuk membawa dunia ke arah yang lebih stabil..di mana ketika ni, dunia disebarkan dengan pergolakan yang sedang berlaku di asia barat..dan juga berkaitan kegawatan ekonomi yang sedang melanda dunia seluruhnye..ni kerana dalam kempennye ketika pihanraye presiden yang lalu.. Barack Obama berjanji unutk menghentikan peperangan di asia barat dan memulihkan ekonomi amerika seperti sedia kala..

namun persoalan nye disini..adakah Obama akan melaksanakan janji2 nye tu??..

aku sangsi dengan perlantikan Obama ni akan membawa perubahan yang besar dalam konflik di asia barat..andaian aku ni adalah kerana 1 fakta yang tak dapat dielakkan oleh Barack Obama tu sendiri..bahawa ekonomi di amerika adalah dikuasai oleh bangsa yahudi laknatullah..dan juga berkaitan dengan pemilihan seorang pegawai kanan yang berbangsa yahudi di white house oleh Obama sendiri..

aku sangat2 berharap bahawa segala andaian aku tu tak akan menjadi kenyataan di masa depan..dan bumi palestin dapat diselamatkan dari dimusnahkan oleh musuh2 islam yang telah terang2 dilaknat oleh ALLAH swt..

[+/-] Selengkapnya...

Kenapa..

"Pegawai Kerajaan Persekutuan dilarang hadir mesyuarat negeri"..

ni adalah petikan kata seorang menteri yang telah dipilih oleh melalui sistem demokrasi yang terdapat di malaysia..dia adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi..

aku cukup pelik dengan kenyataan ni..nak tau sebab ape aku pelik..arahan ni hanya berkuat kuasa di 5 buah negeri sahaja, iaitu negeri2 yang berada di bawah kerajaan PR..adakah zahid hamidi ni sedar ketika memberi arahan ni..menurut zahid ni lagi, arahan sebab nye "Kerajaan Persekutuan hanya mengiktiraf JKKKP, semua syor yang dibuat JKKKP adalah syor yang sah..Kita tidak mengiktiraf syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)"..

kenape kah perkara seperti perlu berlaku??..ape perlu nye di dalam 1kampung perlu ade 2 JKKK??.. yang mane JKKKP tu sendiri menerima gaji direct dari Kerajaan Persekutuan..kenape Kerajaan Persekutuan perlu menubuhkan 1 lagi JKKK yang konon nye untuk membela rakyat di negeri2 yang di perintah PR dengan menyalurkan peruntukan terus kepada mereka tanpa melalui kerajaan negeri??..

disini buleh aku kate kan arahan seperti ni seolah-olah menafikan pilihan dan keputusan rakyat pada 8 mac 2008 tempoh hari..suara rakyat atau suara keramat seperti yang diwar2 kan oleh TPM sekarang ni seolah2 nye tidak dipedulikan..

persolan nye lagi..adakah mereka tidak mahu mengakui bahawa mereka telah tewas di 5 buah negeri tersebut dengan kehendak suara keramat rakyat tu sendiri??..

hmm..banyak nye persoalan dalam post ni ek..jangan mare..

[+/-] Selengkapnya...

Petrol Oh Petrol..

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata harga minyak tak akan turun lagi wat mase ni..sebab nye harga minyak sekarang tak banyak berubah..


bagi aku lak, keputusan ni akan mengekalkan harga barang di pasaran..hmm makin cepat la ptptn aku habih sem ni..sebab time harga minyak naik hari tu, harga barang, makanan pun naik gak..tapi bile harga minyak turun, harga barang, makanan tak turun2 gak..pengguna kat K.T'ganu gak yang beruntung..sebab semasa dalam tempoh berkempen tempoh hari tok pilihanraya kecil P036, shahrir berjaya menurunkan harga barang kat situ..siap masuk kat media lagi kate harga barang terkawal..

persoalan nye..berjaya kah kerajaan mengawal harga barang??..bagaimanakah nasib rakyat seterus nye??..

[+/-] Selengkapnya...

Suara Keramat..

tok post kali ni aku rase cam best je nak tulis pasal pilihanraye kecil P036 K.T'ganu..hehe..
tanggal 17 januari 2009 pasti akan dikenang dan diingati sabagai satu tarikh yang penting oleh rakyat t'ganu..tarikh dimana satu titik perubahan yang telah dilakukan oleh rakyat t'ganu melalui pilihanraya kecil P036 Kuala T'ganu..setelah mane pada PRU12 dulu BN telah berjaya memenangi kerusi ni dengan majoriti 628 undi..namun pada hari ni, suara rakyat a.k.a suara keramat telah memilih Mohd Abdul Wahid Endut sebagai wakil mereka di parlimen dengan majoriti 2631 undi..


sumber : Malaysiakini.com

dengan keputusan ni juga bilangan di parlimen telah berubah skali lagi..kini BN dengan 137 kerusi, PR dengan 82 kerusi (23 - pas, 28 - dap, 31 - pkr) dan bebas 3 kerusi..
persoalannye disini.. adakah suara keramat dari pengundi di k.t ni mewakili seluruh perasaan rakyat melaysia secara am nye??..adakah pilihan rakyat ni, memungkin sesuatu??..hmmm same2 kte nnt kan...suspen gak kan..

[+/-] Selengkapnya...