
pasir oh pasir...
perkara yang pernah menjadi bahan berita panas suatu masa dahulu, mungkin boleh menjadi panas kembali..
sebelum memula cerita, adalah dengan ini GM ingin memberitahu bahwa cerita ini xberkaitan dengan sesiapa yang duduk di kampung pasir mahupun sewaktu dengan nya..
berdasarkan laporan yang petik dari Malaysiakini (klik untuk laporan penuh)
cerita pasir ini pernah kecoh dimasa PM5 kite berkuasa, dimana menurut PM4, terdapat masalah dalam urusan jual beli pasir di selatan negara ini..namun ia reda seketika..
kini berita ini, bakal menjadi topik hangat kembali..setelah PM4 menerusi blognya mengulas kenyataan seorang anggota kabinet PM6..yang boleh GM ringkaskan disini...
kata PM4 ------------------- 700 buah lori/hari
kata anggota kabinet ----- 500 buah lori/hari
perbezaan ------------------ 200 buah lori/hari
perbezaan ini berdasarkan ilmu matematik yang telah dipelajari GM dari sekolah rendah..
persoalannya, adakah bilangan perbezaan ini kecil setelah pengiraan ringkas 200 x 30 x 12 = 72, 000 buah lori/tahun diambil kira?? siapakah yang berbohong disini??
GM sebagai rakyat ingin tahu, oleh itu penerangan segera yang jelas dan tepat dari pihak2 yang berkaitan tentang perkara ini di media masa diperlukan..supaya ia bertepatan dengan slogan yang dilaung2kan PM6.. 1MALAYSIA, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..
p/s : i'm so so curious..

gambo kredit to enchik google..
Klik2 Sini...
setelah pengumuman tentang gula yang tak jadi dinaikan harganye oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna..satu lagi berita gembira telah diwar2 kan untuk seluruh rakyat malaysia.. ianya mengenai pambatalan ke atas cadangan pembinaan terminal tambang murah (LCCT) yang kekal menggantikan LCCT yang sedia ada sekarang ini di KLIA oleh TPM..
Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan di pulau peranginan terkenal, iaitu pulau phuket..soalan ini ditanyekan oleh wartawan bagi mengesahkan kedudukan terkini tentang projek mega ini yang dilihat pentign untuk Air Asia..Sudah muktamad! Cadangan pembinaan terminal syarikat penerbangan tambang murah (LCCT) baru di Labu, Negeri Sembilan tidak boleh diteruskan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
bagi aku baguslah projek mega ini dibatalkan sepenuhnya kerana melalui blog mantan PM, iaitu che det..TDM telah menentang sekeras2nya pembinaan satu terminal baru di kawasan berhampiran KLIA..mungkin kerana jika pembinaan ini diteruskan, kesannya samada KLIA atau terminal baru tersebut akan menjadi satu lagi projek gajah putih di malaysia..dan yang paling penting wang rakyat terselamat daripada dibazirkan begitu saja..
‘‘Kita sudah membuat keputusan. Projek LCCT tidak boleh diteruskan,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas mesyuarat khas Menteri-Menteri Kewangan ASEAN+3 di pulau peranginan di selatan Thailand hari ini.
Najib berkata, projek itu tidak boleh diteruskan kerana cadangan asal ialah konglomerat Sime Darby tidak akan menanggung kos pembinaan infrastruktur, sebaliknya akan menjual tanah kepada pihak yang membina, misalnya Malaysia Airports Berhad.
dalam perkembangan yang berkaitan dengan KLIA, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak)mencadangkan untuk kerajaan menukarkan nama KLIA menjadi "LTAM" ataupun "MIA"..Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang ditukar nama kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Mahathir.
bagi perkara seperti ini tak menjadi ganjil di dunia, cuma jika dilaksanakan juga di malaysia, malaysia memerlukan beberapa buah lagu lapangan terbang baru untuk dinamakan sempena nama PM ke 5 nya yang bakal menyerahkan kuasanya tak lama lagi..dan sebuah lagi juga kepada bakal PM ke 6 malaysia..
Timbalan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, ia bagi menghargai sumbangan bakti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Beliau banyak membawa pembangunan dan berjasa kepada penduduk negara ini.
"Tidak salah sekiranya lapangan terbang yang dibina ketika era pemerintahannya ditukar nama sebagai mengenang jasa dan budinya selama ini,'' katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
sama2 lah kita renung2 kan..
angpau untuk hari raye cine nampak nye telah ditarik balik oleh sang menteri yang bertanggungjawab mengenainye, iaitu Datuk Shahrir Abdul Samad..ini merupakan berita gembira kepada rakyat malaysia seluruhnye walaupun setelah dia mengumumkan kenaikan harga gula tempoh hari telah menimbulkan sedikit sebanyak keadaan huru hara di malaysia..kerana sebarang kenaikan harga gula akan merubah harga makanan yang lain di pasaran..
ada pihak yang berpendapat bahawa pembatalan kenaikan harga gula ini disebabkan sesuatu yang akan berlaku tak lame lagi iaitu pilihanraye kecil di 2 bukit di utara semenanjung malaysia..persoalannye adakah gula ini akan ditukarkan menjadi gula2 menjelang pilihanraye ini??..
ini petikan dari utusan malaysia Harga gula yang diuar-uarkan akan naik hujung bulan ini kekal pada kadar sedia ada.
Ini bermakna harga gula kasar dan gula halus kekal RM1.45 dan RM1.55 sekilogram di Semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak RM1.55 dan RM1.65.
walaupun demikian, aku sebagai pengguna yang setiap hari akan membeli makanan daripada kedai2 makan..bersyukur dengan penarikan semula cadangan kenaikan harga gula di pasaran..adakah menteri seorang ini atau wakilnye telah membuat tinjauan di blog2 rakyat malaysia tentang reaksi rakyat mengenai kenaikan harga gula ini seperti mana aku telah tulis sebelum ini??..
jika benar, tahniah diucapkan kerana mengambil berat tentang kehidupan kami sebagai rakyat malaysia yang telah dihimpit akibat krisis kegawatan ekonomi dunia sekarang..cukuplah cukai yang dikutip/diperah semula kerajaan untuk mendapat semula wang rebet daripada rakyat jelata..
pesanan aku sebagai rakyat malaysia yang kerdil ini kepada para menteri sekalian, anda telah dilantik untuk menjadi menteri bagi mewakili rakyat..silalah berfikir terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan atau kenyataan dikeluarkan dari bibir mulut anda itu..kerana kesan darinya tindakan atau kenyataan itu akan dirasai rakyat seluruhnye..

Siapakah gambar di sebelah ini?? adakah sesiapa yang tahu??.. kalau tahu sila angkat tangan..hehe..kalau hendak tahu bacalah artikal di bawah..hehe..
Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. -utusan-
hmmm..pertama sekali aku hendak ucapkan tahniah lah dekat ketua hakim malaysia yang bagi aku lah kan, perlantikan ini memang telah lama aku jangkakan..sejak perdana menteri ke 5 malaysia mengumumkan tentang penubuhan suruhanjaya perlantikan hakim lagi..bagi sesetengah pihak terutama nye pembangkang di malaysia menyifatkan penubuhan suruhanjaya perlantikan hakim ini adalah sia2..malah mereka telah menamakan suruhanjaya ini sebagai suruhanjaya memberi nama hakim..
memang lawak bukan..namun kalu kite teliti dengan lebih teliti macam seakan kebanaran dari dakwaan pihak pembangkang ini..kerana apa penubuhan suruhanjaya yang telah menjadi manifesto yang dilaung2kan akan dilaksanakan pada pilihanraye ke 11 yang lalu iaitu pada tahun 2004, hanya mempunyai kuasa untuk mencalonkan satu nama yang dilihat berkelayakan untuk menjadi ketua hakim yang baru kepada perdana menteri yang kemudiannye akan mempersembahkan nama tersebut kepada Yang diPertuan Agung untuk meminta perkenan baginda..sekiranye nama yang diberikan oleh suruhanjaya tersebut tak menjadi pilihan dihati perdana menteri, perdana menteri akan menyuruh suruhanjaya tersebut mencalonkan satu nama lain sebagai pengganti..
jelas kan disini, suruhanjaya yang baru sahaja ditubuhkan ini tak mempunyai apa2 kuasa..seperti mana juga seruhanjaya hak asasi manusia malaysia atau lebih dikenali sebagai suhakam, yang tak mempunyai kuasa..suhakam di malaysia dilihat sebagai satu suruhanjaya yang langsung tak mempunyai taring, kerana kite boleh lihat kejadian terbaru yang boleh membuktikannye, suhakam telah berpendapat bahawa perlantikan mb baru di perak boleh dipertikaikan..namun ia langsung tak diambil peduli oleh sesiapa..kerana apa yang aku lihat, pihak yang mengambil alih tersebut mempunyai "link atau cable" besar dari putrajaya..
ops melalut jauh pulak dari suruhanjaya perlantikan hakim, menurut pembacaan aku..ahli2 yang akan menganggotai suruhanjaya ini terdiri dari Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, dan beberapa hakim kanan lagi di malaysia..ape yang menghairankan adalah ahli2 suruhanjaya ini terdiri dari mereka2 inilah yang bakal dipilih menjadi ketua hakim seterusnye..kenapakah ahli2 didalam suruhanjaya ini tak dipilih dari bekas2 ketua2 hakim negara yang sebelumnye bagi memastikan sistem kehakiman di malaysia menjadi lebih tulus..
ini fakta tentang pengerusi perlantikan hakim merangkap ketua hakim negara skrg..
nama : Tan Sri Zaki Azmi
umur : 64 tahun (ada masa 2 tahun lagi untuk kekal jadi ketua hakim)
kerjaya : - peguam
- panel Suruhanjaya Diraja Menyiasat Pasukan Polis (2004)
- Pengerusi Lembaga Disiplin (Teknikal) UMNO (harap2 dia ini adil lah kan)
kontroversi :
- menjadi hakim mahkamah persekutuan selama 2 bulan sebelum dilantik menjadi Presiden Mahkamah Rayuan (tempoh singkat ini mungkin kerana banyak jasanya terhadap umno kot)
- mengaku pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah pada tahun 1987 (contoh teladan yang bagus dari seorang anak bekas ketua hakim negara dan ketua hakim negara)
Sepanjang satu hari ini kite disajikan dengan pelbagai berite tentang politik di malaysia..macam pelik sensangat apabila ini semua berlaku..macam memasing "desperate" sangat dengan kuasa..aku ulas ikut negeri lah lagi senang..
Perak
-beberapa orang penting atau yang pernah menjadi penting selama ini telah menggunakan situasi di perak sebagai batu loncatan mereka untuk kembali menjadi terkenal kembali selepas mereka nampaknye telah diketepikan sebelum ini menjelang mesyuarat agong tak lame lagi..tok pa, cik pidah dan rakan2 sewaktu dengan nye telah membuat "come back" ..hehe..
-MB bn, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan bahawa barisan exco nye akan diumukan esok..nampak perak akan mempunyai 2 MB dan 2 barisan exco selepas ini..
-pilihanraye kecil akan diadakan di perak tak berapa lama lagi..ini ini di atas pemergian YB Hj Roslan Shaharum wakil rakyat P059 BUKIT GANTANG kerana serangan jantung..nampak nye PRK tak dapat dielakkan lagi di perak..ayuh biarkan suara keramat rakyat yang menentukan..yang menariknye adalah DUN yang berada di dalam Po59 ini ialah N13 K.Sepetang, N14 Changkat Jering dan N15 Trong..ADUN N14 yang kini merupakan ADUN bebas yang menyokong bn akan tahu hala tuju beliau selepas PRK diadakan..keputusan PRK ini akan menunjukkan siapa pilihan rakyat perak untuk memerintah perak..
-cadangan seorang calon ketua pemuda umno, iaitu Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir..dia mencadangkan pas perak menyertai bn..bagi aku sungguh pelik cadangan ini..adakah cadangan ini untuk menonjolkan dirinye di media massa untuk mengalahkan pencabarnye seorang lagi yang acap kali keluar media sebagai wakil FAM..tau kan sape yang aku maksudkan itu..hehe..
Kedah
-de negeri kesayangan ku setelah beberapa hari mengadu telah ditawarkan untuk menyertai bn, ADUN N25, bukit selambau dilaporkan telah meletakkan jawatan sebai exco dan adun..V. Arumugam sebelumini telah membuat aduan polis sebelum ini dengan mengatakan keselamatan diri dan keluarga dia telah diancam sekiranye tak menyertai bn akhirnye meletakkan jawatan..nampaknye ini menunjukkan seperti malaysia ini sudah tak aman, kerana setelah aduan dilaporkan kepada polis..nampaknye dia dan keluarganye masih lagi diugut keselamatannye..dimanakah polis2..tolong selamatkan kami..
-dengan perletakan jawatan exco dan adun oleh V. Arumugam, di kedah akan ade juga PRK..semoga suara rakyat kedah menentukan segalanye..
setelah lame berhenti rehat, TM Liga Super Malaysia (MSL) bersambung kembali..dengan 7 perlawanan dijadualkan diadakan pada 10 feb ini..setelah dimalukan oleh UAE pada perlawanan kelayakan piala asia tempoh hari..
pelbagai kejadian telah berlaku pada struktur bola sepak negara..dimana B. Sathianathan telah dipecat berkuat kuasa serta merta kerana dengan lantang mengkritik taraf liga super yang dakwanye tak dapat menghasilkan pemain2 yang berkualiti untuk mewakili negara..bagi aku pemecatan B. Sathianathan memang sudah dijangka dari awal lagi..ketika pasukan kebangsaan tewas di bangkok tempoh hari..namun selepas itu, B. Sathianathan diberi tawaran melanjutkan kontrak dengan bersyarat..iaitu menaikkan ranking FIFA malaysia..
itu semua tak menghairan kan aku, sebaliknye yang amat2 menghairankan aku adalah pemecatan Datuk Soh Chin Aun dari jawatan pengurus..kerana ape yang aku tau, selame ini telah diwar2kan di dalam media massa, utusan, berita harian mahupun harian metro dan tak dilupakan tv, bahawa jawatan pengurus pasukan kebangsaan telah disandang oleh seorang lelaki yang lebih dikenali sebagai KJ..namun ketika mesyuarat tergempar diadakan, Datuk Soh Chin Aun yang telah dipecat..pelik2..
yang menjadikan ianye lebih pelik lagi adalah, hasil mesyuarat antara KBS dan FAM, hasil yang telah dipersetujui mereka dalam usaha untuk memulihkan mutu permainan sukan no. 1 di malaysia ini..adalah dengan menyerahkan pasukan yang dikenali harimau muda di bawah tanggungjawab KBS..kalau tak silap aku lah kan, langkah ini telah lame diambil sebelum ini..namun ia tak membawa ape2 perubahan yang telah amat2 diharapkan oleh peminat2 di tanah air..
keputusan yang diambil pada mesyuarat tersebut dilaporkan oleh harian metro sebagai keputusan yang "hambar"..mungkin kerana satu rombakan yang dinanti2kan oleh peminat bola sepak malaysia, tak menjadi kenyataan..ape yang aku ingin katekan dekat sini kepada FAM dan KBS adalah jikalau selepas ini tak ade rakyat malaysia yang sanggup datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan malaysia, jangan salahkan peminat dengan mengatakan bahawa peminat tak patriotik..
p/s : sekarang 158..lepas ni jangan nombor itu jadi makin besar dah lah..
Kerajaan Malaysia akan memberi angpau untuk semua rakyat Malaysia sempena kedatangan Tahun Baru Cina ni..angpau yang aku maksudkan adalah kenaikan harga gula..Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kenaikan harga gula ni tak dapat dielakkan jika kerajaan tak mahu memberi subsidi bagi barangan keperluan ni..sebabnye 80 - 90 % gula bekalan malaysia diimport dari luar negara..seperti yang semua maklum harga gula dipasaran adalah rm 1.45 per kg..kenaikan pula dijangka sebanyak 20 sen per kg..menjadikannye rm 1.65 per kg..
"Pegawai Kerajaan Persekutuan dilarang hadir mesyuarat negeri"..
