Apa pendapat korang tentang valentine day??.. Betulkah ada satu hari sahaja untuk berkasih sayang..Atau ia hari dimana kita boleh meluahkan perasaan kita kepada pasangan..Apakah hari lain tak boleh meluahkan perasaan itu??..Apakah sebenarnya cerita di sebalik valentine ni??..
Sepatutnya hari valentine ni tak sepatutnya di raikan oleh orang islam..budaya dan amalan meraikan valentine day adalah dilarang keras oleh agama islam..haram..ini ada kerana perayaan itu mengandungik unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat..
Betul juga..kenapa perlu kita nak mengagungkan budaya kristian..sekiranya kita merayakannye bermakna kita juga menggalakkan maksiat..kasih sayang sesuatu yang luas dan universal..kita tidak memerlukan hari hari tertentu untuk melafazkan kasih sayang cinta kita pada seseorang..hari2 biasa pon boleh juga kan..buat apa nak menunggu 14 februari..apa istimewanya 14 februari itu..kalau tanpa 14 februari itu tak boleh kah kita berkasih sayang..
rata2 masyarakat terlalu mengagung2kan valentine day ini..ada sesetengah pihak tu sanggup mengadakan beberapa function..ada juga hotel2 yang menawarkan diskaun sempena valentine ini..ada juga restoren restoren mewah..buat candle light dinner..apa ni semua??..itu semua budaya barat..itu semua menyumbang ke arah jalan kemaksiatan..dimulakan dengan candle light dinner..apabila sudah kenyang mula lah mencari hotel..selepas itu bayang2 kan lah sendiri..
hmm dekat bawah ini sedikit info pasal valentine day ini..
sejarah valentine
1) Pendapat pertama, valentine day bermula semasa pemerintahan empayar room iaitu dengan menetapkan 14 feb sebagai hari cuti bagi orang juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi rom. Hari selepas itu iaitu 15 feb.. bermulanya satu pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat room dimana pada malam pesta tersebut nama -nama gadis Rom di tulis di atas kertas dan di masukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas tersebut dannama yang terpilih akan menjadi pesangan di sepanjang pesta berlangsung...
2) Pendapat kedua menyatakan pad 14 feb 270 masihi, St. Valentine di bunuh kerana pertelingkahannya dengan raja romawi yang di perintah oleh Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dah pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedrai hakikat itu , St Valentine dan st. marius telah mengahwinkan orang -orang kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga matai serta dipenggal kepalanya pada 14 feb dalam tahun 270 mashi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan , keberanian, dan kepasrahan, dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 feb dijadikan sebagai haria memperingati kematian. ST. Valentine sebagai upacara keagamaan..
3) Pendapat ketiga mengatakan Valentines diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada pzamanpemerintahan Ratu Isabela dari Sepanyol iaitu St. Valenine yang status kedudukannya adalah di tempatp kedua tertinggi selepas pope. Apabila St. Valentine menyatakan h asrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengmal protestan sewaktu kerajaan sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan islam, Timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik ang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, Lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak b oleh berkahwin. Tindakan St.valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 feb sebagai hari kekasih untuk St valentine sendiri..jadi dimanakah keperluan kita sebagai muslim untuk meraikan valentine day ini sedangkan terdapt 365 hari untuk melafazkan kata cinta kepada yang tersayang..
p/s : "i love you sayang"..hehe..
Post a Comment