Klik2 Sini...

Tidak jadi..(2)

setelah pengumuman tentang gula yang tak jadi dinaikan harganye oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna..satu lagi berita gembira telah diwar2 kan untuk seluruh rakyat malaysia.. ianya mengenai pambatalan ke atas cadangan pembinaan terminal tambang murah (LCCT) yang kekal menggantikan LCCT yang sedia ada sekarang ini di KLIA oleh TPM..

Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan di pulau peranginan terkenal, iaitu pulau phuket..soalan ini ditanyekan oleh wartawan bagi mengesahkan kedudukan terkini tentang projek mega ini yang dilihat pentign untuk Air Asia..
Sudah muktamad! Cadangan pembinaan terminal syarikat penerbangan tambang murah (LCCT) baru di Labu, Negeri Sembilan tidak boleh diteruskan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

‘‘Kita sudah membuat keputusan. Projek LCCT tidak boleh diteruskan,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas mesyuarat khas Menteri-Menteri Kewangan ASEAN+3 di pulau peranginan di selatan Thailand hari ini.

Najib berkata, projek itu tidak boleh diteruskan kerana cadangan asal ialah konglomerat Sime Darby tidak akan menanggung kos pembinaan infrastruktur, sebaliknya akan menjual tanah kepada pihak yang membina, misalnya Malaysia Airports Berhad.
bagi aku baguslah projek mega ini dibatalkan sepenuhnya kerana melalui blog mantan PM, iaitu che det..TDM telah menentang sekeras2nya pembinaan satu terminal baru di kawasan berhampiran KLIA..mungkin kerana jika pembinaan ini diteruskan, kesannya samada KLIA atau terminal baru tersebut akan menjadi satu lagi projek gajah putih di malaysia..dan yang paling penting wang rakyat terselamat daripada dibazirkan begitu saja..

dalam perkembangan yang berkaitan dengan KLIA, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak)mencadangkan untuk kerajaan menukarkan nama KLIA menjadi "LTAM" ataupun "MIA"..

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang ditukar nama kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Mahathir.

Timbalan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, ia bagi menghargai sumbangan bakti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Beliau banyak membawa pembangunan dan berjasa kepada penduduk negara ini.

"Tidak salah sekiranya lapangan terbang yang dibina ketika era pemerintahannya ditukar nama sebagai mengenang jasa dan budinya selama ini,'' katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
bagi perkara seperti ini tak menjadi ganjil di dunia, cuma jika dilaksanakan juga di malaysia, malaysia memerlukan beberapa buah lagu lapangan terbang baru untuk dinamakan sempena nama PM ke 5 nya yang bakal menyerahkan kuasanya tak lama lagi..dan sebuah lagi juga kepada bakal PM ke 6 malaysia..

sama2 lah kita renung2 kan..
6 Responses
  1. Ain Says:

    haha:D
    kalau begitu mahu jugalah inn jadi PM agar inn dapat satu banggunan yang boleh dinamakan sempena nama inn.haha:D


  2. Kapten Luffy Says:

    maybe diorang x dpt untung kot


  3. alien Says:

    xmau r g LTAM..x komersial nama tue..xmenarik..
    bagi nama jalan kat dia udah la..


  4. inn --> hohoho..kalu cmtu inn kene r jd ahlil politikus..hohoho


  5. Monkey D Luffy --> untung cmne tu ek Monkey D Luffy..diorang tu sp lk ek yg Monkey D Luffy maksudkn nye..


  6. alien --> hohoho..nnt dorg kate cm kck sgt lk alien kalu kc name jln je..hmmm teman ade idea pe kate satu pulau kt langkawi je kc name dia..ok x..hohoho..