Klik2 Sini...

Tidak jadi..(1)

angpau untuk hari raye cine nampak nye telah ditarik balik oleh sang menteri yang bertanggungjawab mengenainye, iaitu Datuk Shahrir Abdul Samad..ini merupakan berita gembira kepada rakyat malaysia seluruhnye walaupun setelah dia mengumumkan kenaikan harga gula tempoh hari telah menimbulkan sedikit sebanyak keadaan huru hara di malaysia..kerana sebarang kenaikan harga gula akan merubah harga makanan yang lain di pasaran..

ada pihak yang berpendapat bahawa pembatalan kenaikan harga gula ini disebabkan sesuatu yang akan berlaku tak lame lagi iaitu pilihanraye kecil di 2 bukit di utara semenanjung malaysia..persoalannye adakah gula ini akan ditukarkan menjadi gula2 menjelang pilihanraye ini??..

ini petikan dari utusan malaysia
Harga gula yang diuar-uarkan akan naik hujung bulan ini kekal pada kadar sedia ada.

Ini bermakna harga gula kasar dan gula halus kekal RM1.45 dan RM1.55 sekilogram di Semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak RM1.55 dan RM1.65.

walaupun demikian, aku sebagai pengguna yang setiap hari akan membeli makanan daripada kedai2 makan..bersyukur dengan penarikan semula cadangan kenaikan harga gula di pasaran..adakah menteri seorang ini atau wakilnye telah membuat tinjauan di blog2 rakyat malaysia tentang reaksi rakyat mengenai kenaikan harga gula ini seperti mana aku telah tulis sebelum ini??..

jika benar, tahniah diucapkan kerana mengambil berat tentang kehidupan kami sebagai rakyat malaysia yang telah dihimpit akibat krisis kegawatan ekonomi dunia sekarang..cukuplah cukai yang dikutip/diperah semula kerajaan untuk mendapat semula wang rebet daripada rakyat jelata..

pesanan aku sebagai rakyat malaysia yang kerdil ini kepada para menteri sekalian, anda telah dilantik untuk menjadi menteri bagi mewakili rakyat..silalah berfikir terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan atau kenyataan dikeluarkan dari bibir mulut anda itu..kerana kesan darinya tindakan atau kenyataan itu akan dirasai rakyat seluruhnye..

0 Responses