Klik2 Sini...

Showing posts with label Proton. Show all posts
Showing posts with label Proton. Show all posts

Bukan nama Bunga!!..

hoho..penafian dari pihak yang berkuasa mengenai perkara yang mula menjadi bualan buah mulut rakyat malaysia sekarang ini..hohoho..



KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. semalam menjelaskan bahawa kenderaan pelbagai guna (MPV) barunya, Exora, tidak mengambil sempena nama sejenis bunga.

Bagaimanapun, sebutannya serupa dengan nama sejenis bunga, Ixora, kata pembuat kereta itu dalam satu kenyataan semalam.

"Exora dipilih kerana ia bukan nama haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Perkataan Exora tidak wujud," kata Proton sambil menambah bahawa nama tersebut dipilih selepas proses pemilihan yang teliti dijalankan.

MPV baru itu mencetuskan isu berikutan nama Exora yang hampir sama dengan nama sejenis bunga, sedangkan peraduan menamakan kereta itu tidak membenarkan nama bunga atau haiwan digunakan.
Proton berkata, semasa proses pemilihan itu, syarikat itu telah menolak semua penyertaan yang merujuk kepada haiwan atau tumbuhan-tumbuhan.

Contohnya, Proton menerima sejumlah 139 penyertaan yang memberikan nama Ixora dan 39 penyertaan yang memberikan nama Exora. Syarikat itu menolak Ixora kerana ia nama sejenis bunga..

sumber : kosmo
tapi mengapa pihak proton dengan kadar yang segera menafikan bahawa nama proton exora ini adalah merupakan nama sekuntum bunga yang mekar berkembang di taman..hohoho..mungkin pihak proton sedar akan satu kerugian jika penafian ini tak dilakukan dengan kadar segera, kemungkinan bahawa penempahan yang dijadualkan akan bermula pada 21 februari 2009 ini tak akan mendapat sambutan daripada pihak lelaki..hohoho..namun ini semua adalah andaian yang dibuat oleh penulis semata2..hohoho..

[+/-] Selengkapnya...

exora..


exora..macam nama bunga bunga la pulak..tapi itulah yang telah difikirkan sesuai oleh proton, pembuat kereta nasional yang pertama bagi nama kereta keluaran terbaru nya..


dengan membawa 'tagline' keriangan keluarga kereta yang telah diwar2 kan sejak daripada tahun 2008 lagi ini akhirnya diberi nama melalui satu pertandingan memberi nama 'multi purpose vehicle' (mpv) pertama keluaran proton ini..

pemberi nama mpv kuluaran proton ini adalah seorang perempuan, Norsholihan Bt Abdul Eanich..oleh itu adalah tak memeranjatkan sekiranya nama bunga exora menjadi pilihan..Proton Exora direka dengan 7 tempat duduk ini akan mula dijual degan dijangka harga nya tak akan melebihi rm 80 000..mpv pertama buatan malaysia diumukan boleh mula ditempah mulai 21 februari 2009, iaitu sabtu ini..so kepada sesiapa yang berminat boleh lah mengunjungi pengedar proton yang berhampiran untuk menempahnya..hmmm..macam promoter proton pulak aku ni..hehe..

anyways memang tak salah kan untuk memberi sokongan kepada barangan buatan malaysia seperti ini..macam satu kempen kementerian sebelum ini, belilah barangan buatan malaysia..sesuai diamalkan amalan ini dimasa ekonomi dunia sedang merudum ini..

sumber : Paultan

[+/-] Selengkapnya...