Klik2 Sini...

kayuh kayuh...

post kali ni aku nak lari sikit lah dari cite pasal politik..nak cite pasal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 la plak..LTdL ni cam yang sume sedia maklum adalah salah satu kejohanan lumba basikal yang telah disenarai berstutus Hors oleh UCI..so ia bermakna ia adalah bertaraf dunia..

namun ape yang boleh di hairan bin ajaib nye, kenapakah promosi akan LTdL ini teramatlah kurang sangat..sedangkan LTdL akan bermula 2 hari lagi..adakah seluruh rakyat malaysia sudah terlalu sibuk dengan berita politik di perak sehingga melupakan acara yang bakal mengumpulkan pelumba2 bertaraf dunia di malaysia..ade2 sape yang tahu ke..

mengikut sejarah nye, LTdL ni telah dimulakan pada tahun 1996..dan mulai itu, ia dilangsungkan pada setiap tahun..ini bermakna ia LTdL telah berusia lebih sedekat..dinamakan LTdL sebabnye ia bermula di langkawi pada awal2 nye..namun pada tahun ini, bukan saje ia tak bermula di langkawi..malah LTdL langsung tak melalui negeri2 di utara..

pelik bin ajaib sunggah lah kan..nama saje LTdL..pada tahun ini, laluan yang telah di tetapkan adalah melalui negeri selangor,n. sembilan, melaka, johor dan laluan tetap nye genting highlands..aku rase lah kan, baik name LTdL ini ditukarkan menjadi Le Tour de Malaysia ke..tak pun Le Tour de Genting..sebabnye dari ape yang aku paham kan, taraf Hors tu bermakna perlumbaan tersebut mempunyai jalan mendaki yang sungguh mencabar..di sebabkan itu lah, genting menjadi destinasi wajib LTdL tiap2 tahun..

pada LTdL 09 ini,pasukan malaysia akan diwakili oleh 3 pasukan..iaitu pasukan benua Le Tua, pasukan benua MNCF, dan pasukan kebangsaan..diharapkan diakhir perlumbaan LTdL kali ini, pelumba2 dari malaysia dapat menyaingi pelumba2 asing seperti yang telah dilakukan oleh anuar manan pada tahun lalu ketika mewakili pasukan Le Tua..

aku ucapkan selamat berjaya pada mereka..lakukan yang terbaik untuk mengharumkan nama baik malaysia di pentas antarabangsa..

0 Responses