"Pegawai Kerajaan Persekutuan dilarang hadir mesyuarat negeri"..
ni adalah petikan kata seorang menteri yang telah dipilih oleh melalui sistem demokrasi yang terdapat di malaysia..dia adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi..
aku cukup pelik dengan kenyataan ni..nak tau sebab ape aku pelik..arahan ni hanya berkuat kuasa di 5 buah negeri sahaja, iaitu negeri2 yang berada di bawah kerajaan PR..adakah zahid hamidi ni sedar ketika memberi arahan ni..menurut zahid ni lagi, arahan sebab nye "Kerajaan Persekutuan hanya mengiktiraf JKKKP, semua syor yang dibuat JKKKP adalah syor yang sah..Kita tidak mengiktiraf syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)"..
kenape kah perkara seperti perlu berlaku??..ape perlu nye di dalam 1kampung perlu ade 2 JKKK??.. yang mane JKKKP tu sendiri menerima gaji direct dari Kerajaan Persekutuan..kenape Kerajaan Persekutuan perlu menubuhkan 1 lagi JKKK yang konon nye untuk membela rakyat di negeri2 yang di perintah PR dengan menyalurkan peruntukan terus kepada mereka tanpa melalui kerajaan negeri??..
disini buleh aku kate kan arahan seperti ni seolah-olah menafikan pilihan dan keputusan rakyat pada 8 mac 2008 tempoh hari..suara rakyat atau suara keramat seperti yang diwar2 kan oleh TPM sekarang ni seolah2 nye tidak dipedulikan..
persolan nye lagi..adakah mereka tidak mahu mengakui bahawa mereka telah tewas di 5 buah negeri tersebut dengan kehendak suara keramat rakyat tu sendiri??..
hmm..banyak nye persoalan dalam post ni ek..jangan mare..
Post a Comment