Kerajaan Malaysia akan memberi angpau untuk semua rakyat Malaysia sempena kedatangan Tahun Baru Cina ni..angpau yang aku maksudkan adalah kenaikan harga gula..Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kenaikan harga gula ni tak dapat dielakkan jika kerajaan tak mahu memberi subsidi bagi barangan keperluan ni..sebabnye 80 - 90 % gula bekalan malaysia diimport dari luar negara..seperti yang semua maklum harga gula dipasaran adalah rm 1.45 per kg..kenaikan pula dijangka sebanyak 20 sen per kg..menjadikannye rm 1.65 per kg..
pertamanye aku ingin sangat2 berterima kasih kepada shahrir ni kerana berjaya menyusahkan rakyat malaysia seluruhnye..sebabnye rakyat malaysia kini sudah cukup terbeban dengan kenaikan harga barang melambung2 ataupun melantun2 selepas kenaikan 78 sen petrol dan diesel pada pertengahan tahun lepas..walaupun kini harga petrol dan diesel lebih rendah dari sebelum kenaikan tempoh hari..ni bukan aku tak reti bersyukur..memanglah harga petrol sudah rendah..tapi perlu diingat disini, harga rm 1.80 per liter ni adalah selepas subsidi yang dibayar rakyat kepada kerajaan lebih kurang 50 sen per liter..aku bukan menuduh disini, kenyataan diatas adalah petikan dari shahrir tu sendiri...
setelah beberapa siri penurunan harga minyak, nampaknye kesan dari penurunan tidak memberi kesan kepada harga barang..apakah kesannye kepada rakyat yang berpendapatan rendah di malaysia..pengumuman yang dibuat shahrir semalam, aku dapat membayangkan keresahan dari rakyat jelata di malaysia..namun rakyat tak diberi sebarang pilihan, terpaksalah menerimanye..atau bahasa singkatnye paksa-rela..
keduanye aku nak ucapkan syabas juga kepada shahrir..kerana selepas pengumuman dia semalam, seluruh malaysia akan menghadapi satu masalah seperti yang pernah berlaku sebelum ni..iaitu masalah kekurangan bekalan gula di pasaran..sebabnye semalaya sudah maklum harga gula akan naik selepas tahun baru cina ni..cume tarikh kenaikannye sahaja yang belum dapat diketahui..
ni akan menyebabkan peniaga2 yang bersikap tamak haloba akan cuba mengambil kesempatan dari kenaikan ni..mereka akan bertindak menyorokkan bekalan gula..dan akan berlakon bekalan gula di kedai mereka telah habis..ni akan mengulangi krisis yang pernah berlaku sebelum ni..walaupun hari ni, shahrir pada hari menyatakan kementeriannya akan mengambil tindakan kepada peniaga yang menyorokkan gula..tapi persoalannye apakah jaminan yang buleh diberi oleh shahrir perkara ni akan dapat diatasi kementeriannye??..
teringat aku ketika malaya mendapat seorang Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang bernama Megat Junid Megat Ayob..pengumuman yang sama telah dibuat oleh megat junid..hasilnye tak berape lame kemudian dia telah digugurkan dari menjadi menteri oleh TDM..marilah kite melihat bagaimanapula nasib shahrir kali ni..
aku beranggapan rakyat malaysia patut bergumbira mendapat barisan menteri yang cukup arif menyusahkan rakyatnye..MALAYSIA BOLEH!!!!!
Post a Comment