post kali ni aku nak lari sikit lah dari cite pasal politik..nak cite pasal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 la plak..LTdL ni cam yang sume sedia maklum adalah salah satu kejohanan lumba basikal yang telah disenarai berstutus Hors oleh UCI..so ia bermakna ia adalah bertaraf dunia..
namun ape yang boleh di hairan bin ajaib nye, kenapakah promosi akan LTdL ini teramatlah kurang sangat..sedangkan LTdL akan bermula 2 hari lagi..adakah seluruh rakyat malaysia sudah terlalu sibuk dengan berita politik di perak sehingga melupakan acara yang bakal mengumpulkan pelumba2 bertaraf dunia di malaysia..ade2 sape yang tahu ke..
mengikut sejarah nye, LTdL ni telah dimulakan pada tahun 1996..dan mulai itu, ia dilangsungkan pada setiap tahun..ini bermakna ia LTdL telah berusia lebih sedekat..dinamakan LTdL sebabnye ia bermula di langkawi pada awal2 nye..namun pada tahun ini, bukan saje ia tak bermula di langkawi..malah LTdL langsung tak melalui negeri2 di utara..
pelik bin ajaib sunggah lah kan..nama saje LTdL..pada tahun ini, laluan yang telah di tetapkan adalah melalui negeri selangor,n. sembilan, melaka, johor dan laluan tetap nye genting highlands..aku rase lah kan, baik name LTdL ini ditukarkan menjadi Le Tour de Malaysia ke..tak pun Le Tour de Genting..sebabnye dari ape yang aku paham kan, taraf Hors tu bermakna perlumbaan tersebut mempunyai jalan mendaki yang sungguh mencabar..di sebabkan itu lah, genting menjadi destinasi wajib LTdL tiap2 tahun..
pada LTdL 09 ini,pasukan malaysia akan diwakili oleh 3 pasukan..iaitu pasukan benua Le Tua, pasukan benua MNCF, dan pasukan kebangsaan..diharapkan diakhir perlumbaan LTdL kali ini, pelumba2 dari malaysia dapat menyaingi pelumba2 asing seperti yang telah dilakukan oleh anuar manan pada tahun lalu ketika mewakili pasukan Le Tua..
aku ucapkan selamat berjaya pada mereka..lakukan yang terbaik untuk mengharumkan nama baik malaysia di pentas antarabangsa..
Klik2 Sini...
setiap hari ada saje kejutan yang berlaku di perak..aku terase macam tengah tengok AF lah pulak..bermule dari lompat nye ADUN bota ke PKR atas sebab tak percaye kan kepimpinan umno dan bn perak..seterusnye berite kehilangan 3 ADUN yang langsung tak dapat dihubungi..dan seterusnye kemunculan ataupun come back nye 3 orang ADUN, iaitu behrang, changkat jering dan jelapang dengan hasrat ingin menjadi ADUN bebas..di gamatkan lagi dengan keputusan untuk ADUN bota kembali kepada umno dan bn setelah hilang beberapa hari selepas menyertai pkr..serta keputusan ADUN2 bebas tersebut untuk menyokong bn bagi menjatuhkan atau menukarkan kerajaan perak di bawah pimpinan datuk ir. nizar..
semalam nizar telah pergi menghadap tuanku sultan perak untuk meminta perkenan untuk membubarkan DUN perak..namun, sehingga kini tak ade berite mengenai nye..sebalik nye petang semalam 1 press conference (pc) telah diadakan di putrajaya oleh 'bakal pm'..dalam pc tu, najib telah mengumumkan bahawa bn telah mendapat majoriti mudah untuk memerintah perak..so de akan pergi menghadap sultan perak untuk menamakan calon mb perak..
bagi aku ade banyak persoalan yang sedang bermain2 kat dalam minda aku sekarang ni..pertama, adakah ADUN bota sekarang berada dalam keadaan waras??..kerana ape segala tindakan dan kelakuan beliau menjadi tanda tanye..apakah dia ini layak menjadi seorang wakil rakyat??..kerana dalam 10 hari saje dua keputusan yang ganjil bin ajaib telah dia buat..adakah ADUN bota ni berguru dengan tok guru nye di putrajaya selame ini sehingga membolehkan dia mahir dan cekap dengan ilmu flip flop ini..
persoalan kedua, bagaimana semua kejutan2 ini boleh berlaku dalam sekelip mata..sebab ape aku boleh kate macam itu, tak mengambil kire ombak tsunami rakyat yang melanda malaysia sehingga terlepasnye beberape buah negeri yang telah diperintah selame 51 tahun itu, selepas PRU 12..terdapat 2 pilihanraye kecil (PRK) yang telah diadakan, permatang pauh dan kuala terengganu..dimana keputusan kedua2 nye, rakyat telah memilih untuk tak memilih calon bn, apakah kewajaran tindakan keluar parti itu oleh behrang, changkat jering dan jelapang..atau ade cerite disebalik semua ini..
persoalan yang selebihnye aku biarkan korang fikirkan lah..apepun aku berharap rakyat yang diberi keutamaan dalam krisis politik di perak ini..ayoh biarkan rakyat mengeluarkan suara keramat nye melalui pilihanraye..biarkan mandat baru dari rakyat menjadi penentu sama ada kepimpinan 51 tahun atau 11 bulan yang layak terus memerintah negeri perak..diharap baginda sultan perak dapat membuat keputusan yang menyebelahi rakyat jelata perak..selamat meraikan ulang tahun jubli perak bagi sultan perak..
KUALA LUMPUR 4 Feb. – Koperal Sirul Azhar Umar dalam kenyataan yang dibacakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai usaha bela diri atas tuduhan membunuh Altantuya Shaariibu, dengan nada sebak sambil menangis mendakwa dirinya menjadi kambing hitam yang harus dikorbankan oleh mereka yang tidak berada di mahkamah.
Selesai membacakan kenyataan bertaip itu, hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin menetapkan 16 Februari ini untuk mendengar hujahan di akhir kes pendakwaan. - Utusan
waa..makin menarik lah kes altantuya ni..aku tertanye2 sape lah yang dimaksudkan oleh sirul tu..adakah benar seperti ape yang dakwaan oleh pembangkang sebelum ni??..adakah seorang yang berprofil tinggi dalang sebenar dalam kes altantuya ni??..
namun, sekiranye benarlah pe yang dikatakan oleh sirul..ni bermakna sistem keadilan malaysia tak berjaya memberi keadilan yang sepenuhnye kepada seluruh rakyat nye walaupun setelah ditubuhkan 1 suruhanjaya yang didakwa boleh memulihkan imej sistem kehakiman malaysia..
hmmm..teringat pulak kat kes lingam tempoh hari..pe kesudahan 1 lagi kes yang berprofil tinggi di malaysia ni..confuse2...adakah kes ni akan di biarkan begitu saje??..
dunia melihatkan perubahan tampuk pemerintahan amerika dari bush ke baracck obama disaat dunia menghadapi krisis ekonomi yang dasyat..dengan ramai yang mengharapkan perubahan ni akan membawa kebaikan pada dunia seluruhnye..
namun bagi aku malaysia lagi hebat, sebab ape aku berkata demikian..ketika mana dunia sibuk bercakap tentang ekonomi, malaysia aku lihat lebih banyak menumpukan hal2 juga melibatkan perubahan..tapi perubahan tampuk pemerintahan..seperti mana yang umum telah tahu, krisis lompat si katak lompat ni telah sedikit sebanyak mengganggu segala perancangan yang telah dirangka untuk negeri mahupun negara..
namun setelah beberapa hari, upacara lompat si katak lompat ni dimulakan oleh ADUN bota, buat masa ni hanya ADUN behrang yang turut serta dalam upacara ni..namun demikan ADUN behrang hanya turut serta sehingga pertengahan jalan saje..beliau menjadi ADUN bebas tanpa terikat dengan sebarang parti..
tapi mengikut ura2, ramai lagi akan turut serta bagi memeriahkan acara lompat melompat ni tak lama lagi..same2 lah kite menjadi penonton dalam upacara ni..
persolannye, best ke main lompat2 ni..tak kan lompat2 biasa saje..buat lah sekali lompat bintang ke..hehehe.... :p

setelah puas bermesyuarat semalam, satu keputusan telah dicapai oleh FAM iaitu memecat B. Sathianathan dan Datuk Soh Chin Aundari jawatan jurulatih dan pengurus bola sepak negara..keputusan ni telah awal2 lagi diduga akan diambil oleh FAM..mungkin kerana 2 sebab yang utama..
pertama, kerana kekalahan yang memalukan kepada UAE, 5-0 tempoh hari..kedua, kerana Sathianathan dengan berani nye mengkritik liga M yang di bawah kendalian majikannye sendiri, FAM..yang mane yang memberi impak yang besar dalam kes pemecatan ni pun aku tak sure..sebabnye 1 statement yang teramat pedas oleh Sathianathan sejurus kekalahan di tangan UAE tempoh hari, iaitu liga M tak dapat menghasilkan pemain2 yang berkualiti..disini aku rase kenyataan yang diluahkan oleh Sathianathan amat jujur..
aku rase langkah yang diambil FAM dengan memecat orang2 penting dalam bola sepak ni melalui sms adalah melampau kurang hormatnye terhadap mereka berdua..kerana sebelum ni, Sathianathan telah berjaya menaikkan ranking FIFA malaysia yang sebelum ni merudum terkini ranking Malaysia adalah 158..memang tak dapat dinafikan bahawa FAM memang mempunyai kuasa, bukankah lebih bek tindakan memecat tersebut dilakukan dengan cara yang terhormat..walaupun demikian tak dinafikan juga, Sathianathan juga perlu disalahkan kerana kekalahan tempoh hari..kerana taktik yang digunakannye tak berjaya menghalang UAE dari membelasah Malaysia sedemikian rupe..die seharusnye bijak merencanakan idea yang lebih "power" ketika menentang UAE..
