Klik2 Sini...

Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts

Terbang tinggi..


Pasukan negeriku, iaitu kedah selaku juara trebal 2 tahun berturut2, memulakan perjuangan liga super 2009 kali ini dengan sungguh teruk sekali..daripada 4 perlawanan terdahulu, kedah hanya mampu memungut 1 mata..

memulakan aksi liga super dengan mengejar piala sumbangsih bertemu selangor, kedah kalah 4-1 pada 3 januari..diikuti kekalahan kedua di tangan n.sembilan 3-0 pada 6 januari..perlawanan ketiga bertemu johor fc, kedah mendapat kepututsan seri 0-0 pada 10 januari..

perlawanan berikutnye bertemu dengan musah tradisi, iaitu perlis menghasilkan keputusan dimana sekali lagi kedah tumpas 1-0..ini menunjukkan seperti ade perkara yang tak kene terhadap pasukan kedah..persoalannye dimanakah masalah tersebut??..

adakah dengan 4 keputusan sebelum ini menunjukkan kenari telah patah sayap nye akibat kehilangan pemain2 import nye..atau masalah pengurusan yang sekaligus mengakibatkan kemerosotan dalam pasukan kedah..dimana bekas pengurus sebelum ini dikatakan tak lagi memberikan sumbangan dalam pasukan kedah setelah berlalunye PRU 12 tempoh hari..

diharap pada perlawanan bertemu dengan kl plus pada 10 februari ini, akan memberi merawat kecederaan yang mungkin sedang dialami oleh sang kenari ketika ini..walaupun lawan yang bakal dihadapi mendahului carta liga super buat mase ini dengan 4 kemenangan yang dicipta dari semua perlawanan lalu, tak akan menggentarkan pemain2 kedah..

jangan sekali menyerah kalah sebelum turun bertanding..pulun kedah pulun..bagi yang berminat, boleh lah men-download lagu hijau kuning di bawah..layan..

lagu hijau kuning - the offside
Download Here

yakinkanlah diri sendiri
berjuanglah sejiwa murni
tekun berani sesungguh hati
demi sukan mengharum negeri

biar jasa jadi kenangan
hijau kuning lambang kemegahan
jelapang padi tempat sanjungan
negeri kedah darul aman

kedah kedah pantang kalah
walau sakit jatuh dan rebah
bangun lantas senula gagah
bujur lalu melintang patah

hijau kuning tanahku
darul aman negeriku
hijau kuning darahku
negeri kedah negeriku

[+/-] Selengkapnya...

Super oh Super..

setelah lame berhenti rehat, TM Liga Super Malaysia (MSL) bersambung kembali..dengan 7 perlawanan dijadualkan diadakan pada 10 feb ini..setelah dimalukan oleh UAE pada perlawanan kelayakan piala asia tempoh hari..

pelbagai kejadian telah berlaku pada struktur bola sepak negara..dimana B. Sathianathan telah dipecat berkuat kuasa serta merta kerana dengan lantang mengkritik taraf liga super yang dakwanye tak dapat menghasilkan pemain2 yang berkualiti untuk mewakili negara..bagi aku pemecatan B. Sathianathan memang sudah dijangka dari awal lagi..ketika pasukan kebangsaan tewas di bangkok tempoh hari..namun selepas itu, B. Sathianathan diberi tawaran melanjutkan kontrak dengan bersyarat..iaitu menaikkan ranking FIFA malaysia..

itu semua tak menghairan kan aku, sebaliknye yang amat2 menghairankan aku adalah pemecatan Datuk Soh Chin Aun dari jawatan pengurus..kerana ape yang aku tau, selame ini telah diwar2kan di dalam media massa, utusan, berita harian mahupun harian metro dan tak dilupakan tv, bahawa jawatan pengurus pasukan kebangsaan telah disandang oleh seorang lelaki yang lebih dikenali sebagai KJ..namun ketika mesyuarat tergempar diadakan, Datuk Soh Chin Aun yang telah dipecat..pelik2..

yang menjadikan ianye lebih pelik lagi adalah, hasil mesyuarat antara KBS dan FAM, hasil yang telah dipersetujui mereka dalam usaha untuk memulihkan mutu permainan sukan no. 1 di malaysia ini..adalah dengan menyerahkan pasukan yang dikenali harimau muda di bawah tanggungjawab KBS..kalau tak silap aku lah kan, langkah ini telah lame diambil sebelum ini..namun ia tak membawa ape2 perubahan yang telah amat2 diharapkan oleh peminat2 di tanah air..

keputusan yang diambil pada mesyuarat tersebut dilaporkan oleh harian metro sebagai keputusan yang "hambar"..mungkin kerana satu rombakan yang dinanti2kan oleh peminat bola sepak malaysia, tak menjadi kenyataan..ape yang aku ingin katekan dekat sini kepada FAM dan KBS adalah jikalau selepas ini tak ade rakyat malaysia yang sanggup datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan malaysia, jangan salahkan peminat dengan mengatakan bahawa peminat tak patriotik..

p/s : sekarang 158..lepas ni jangan nombor itu jadi makin besar dah lah..

[+/-] Selengkapnya...

Kambing Hitam..

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Koperal Sirul Azhar Umar dalam kenyataan yang dibacakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai usaha bela diri atas tuduhan membunuh Altantuya Shaariibu, dengan nada sebak sambil menangis mendakwa dirinya menjadi kambing hitam yang harus dikorbankan oleh mereka yang tidak berada di mahkamah.

Selesai membacakan kenyataan bertaip itu, hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin menetapkan 16 Februari ini untuk mendengar hujahan di akhir kes pendakwaan. - Utusan

waa..makin menarik lah kes altantuya ni..aku tertanye2 sape lah yang dimaksudkan oleh sirul tu..adakah benar seperti ape yang dakwaan oleh pembangkang sebelum ni??..adakah seorang yang berprofil tinggi dalang sebenar dalam kes altantuya ni??..

namun, sekiranye benarlah pe yang dikatakan oleh sirul..ni bermakna sistem keadilan malaysia tak berjaya memberi keadilan yang sepenuhnye kepada seluruh rakyat nye walaupun setelah ditubuhkan 1 suruhanjaya yang didakwa boleh memulihkan imej sistem kehakiman malaysia..

hmmm..teringat pulak kat kes lingam tempoh hari..pe kesudahan 1 lagi kes yang berprofil tinggi di malaysia ni..confuse2...adakah kes ni akan di biarkan begitu saje??..

[+/-] Selengkapnya...

Siapa selepas ni??..



setelah puas bermesyuarat semalam, satu keputusan telah dicapai oleh FAM iaitu memecat B. Sathianathan dan Datuk Soh Chin Aundari jawatan jurulatih dan pengurus bola sepak negara..keputusan ni telah awal2 lagi diduga akan diambil oleh FAM..mungkin kerana 2 sebab yang utama..

pertama, kerana kekalahan yang memalukan kepada UAE, 5-0 tempoh hari..kedua, kerana Sathianathan dengan berani nye mengkritik liga M yang di bawah kendalian majikannye sendiri, FAM..yang mane yang memberi impak yang besar dalam kes pemecatan ni pun aku tak sure..sebabnye 1 statement yang teramat pedas oleh Sathianathan sejurus kekalahan di tangan UAE tempoh hari, iaitu liga M tak dapat menghasilkan pemain2 yang berkualiti..disini aku rase kenyataan yang diluahkan oleh Sathianathan amat jujur..

kerana ape, kebanyakan pemain2 yang dipanggil unutk mewakili Malaysia ni langsung tak mempunyai fitness..kerana ape, sewaktu latihan diadakan 1 ujian kecergasan pemain telah diadakan..dan hasilnye hanya 3 orang saje yang melepasi ujian tersebut..so dekat sini telah membuktikan bahawasanye liga M tak berkualiti..seorang jurulatih import sebelum ni ade juge mengeluarkan kenyataan bahawa pemain2 Malaysia tak patriotik..

aku rase langkah yang diambil FAM dengan memecat orang2 penting dalam bola sepak ni melalui sms adalah melampau kurang hormatnye terhadap mereka berdua..kerana sebelum ni, Sathianathan telah berjaya menaikkan ranking FIFA malaysia yang sebelum ni merudum terkini ranking Malaysia adalah 158..memang tak dapat dinafikan bahawa FAM memang mempunyai kuasa, bukankah lebih bek tindakan memecat tersebut dilakukan dengan cara yang terhormat..

walaupun demikian tak dinafikan juga, Sathianathan juga perlu disalahkan kerana kekalahan tempoh hari..kerana taktik yang digunakannye tak berjaya menghalang UAE dari membelasah Malaysia sedemikian rupe..die seharusnye bijak merencanakan idea yang lebih "power" ketika menentang UAE..

persolan seterusnye adalah, siapa yang berkelayakan unutk memimpin Malaysia pada masa akan datang??..Adakah FAM akan mengambil jurulatih import sekali lagi??..akan ade tindakan selanjutnye untuk memperbaiki mutu permainan bola sepak di Malaysia??..

[+/-] Selengkapnya...