Sepanjang satu hari ini kite disajikan dengan pelbagai berite tentang politik di malaysia..macam pelik sensangat apabila ini semua berlaku..macam memasing "desperate" sangat dengan kuasa..aku ulas ikut negeri lah lagi senang..
Perak
-beberapa orang penting atau yang pernah menjadi penting selama ini telah menggunakan situasi di perak sebagai batu loncatan mereka untuk kembali menjadi terkenal kembali selepas mereka nampaknye telah diketepikan sebelum ini menjelang mesyuarat agong tak lame lagi..tok pa, cik pidah dan rakan2 sewaktu dengan nye telah membuat "come back" ..hehe..
-MB bn, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan bahawa barisan exco nye akan diumukan esok..nampak perak akan mempunyai 2 MB dan 2 barisan exco selepas ini..
-pilihanraye kecil akan diadakan di perak tak berapa lama lagi..ini ini di atas pemergian YB Hj Roslan Shaharum wakil rakyat P059 BUKIT GANTANG kerana serangan jantung..nampak nye PRK tak dapat dielakkan lagi di perak..ayuh biarkan suara keramat rakyat yang menentukan..yang menariknye adalah DUN yang berada di dalam Po59 ini ialah N13 K.Sepetang, N14 Changkat Jering dan N15 Trong..ADUN N14 yang kini merupakan ADUN bebas yang menyokong bn akan tahu hala tuju beliau selepas PRK diadakan..keputusan PRK ini akan menunjukkan siapa pilihan rakyat perak untuk memerintah perak..
-cadangan seorang calon ketua pemuda umno, iaitu Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir..dia mencadangkan pas perak menyertai bn..bagi aku sungguh pelik cadangan ini..adakah cadangan ini untuk menonjolkan dirinye di media massa untuk mengalahkan pencabarnye seorang lagi yang acap kali keluar media sebagai wakil FAM..tau kan sape yang aku maksudkan itu..hehe..
Kedah-de negeri kesayangan ku setelah beberapa hari mengadu telah ditawarkan untuk menyertai bn, ADUN N25, bukit selambau dilaporkan telah meletakkan jawatan sebai exco dan adun..V. Arumugam sebelumini telah membuat aduan polis sebelum ini dengan mengatakan keselamatan diri dan keluarga dia telah diancam sekiranye tak menyertai bn akhirnye meletakkan jawatan..nampaknye ini menunjukkan seperti malaysia ini sudah tak aman, kerana setelah aduan dilaporkan kepada polis..nampaknye dia dan keluarganye masih lagi diugut keselamatannye..dimanakah polis2..tolong selamatkan kami..
-dengan perletakan jawatan exco dan adun oleh V. Arumugam, di kedah akan ade juga PRK..semoga suara rakyat kedah menentukan segalanye..
Klik2 Sini...
setelah lame berhenti rehat, TM Liga Super Malaysia (MSL) bersambung kembali..dengan 7 perlawanan dijadualkan diadakan pada 10 feb ini..setelah dimalukan oleh UAE pada perlawanan kelayakan piala asia tempoh hari..
pelbagai kejadian telah berlaku pada struktur bola sepak negara..dimana B. Sathianathan telah dipecat berkuat kuasa serta merta kerana dengan lantang mengkritik taraf liga super yang dakwanye tak dapat menghasilkan pemain2 yang berkualiti untuk mewakili negara..bagi aku pemecatan B. Sathianathan memang sudah dijangka dari awal lagi..ketika pasukan kebangsaan tewas di bangkok tempoh hari..namun selepas itu, B. Sathianathan diberi tawaran melanjutkan kontrak dengan bersyarat..iaitu menaikkan ranking FIFA malaysia..
itu semua tak menghairan kan aku, sebaliknye yang amat2 menghairankan aku adalah pemecatan Datuk Soh Chin Aun dari jawatan pengurus..kerana ape yang aku tau, selame ini telah diwar2kan di dalam media massa, utusan, berita harian mahupun harian metro dan tak dilupakan tv, bahawa jawatan pengurus pasukan kebangsaan telah disandang oleh seorang lelaki yang lebih dikenali sebagai KJ..namun ketika mesyuarat tergempar diadakan, Datuk Soh Chin Aun yang telah dipecat..pelik2..
yang menjadikan ianye lebih pelik lagi adalah, hasil mesyuarat antara KBS dan FAM, hasil yang telah dipersetujui mereka dalam usaha untuk memulihkan mutu permainan sukan no. 1 di malaysia ini..adalah dengan menyerahkan pasukan yang dikenali harimau muda di bawah tanggungjawab KBS..kalau tak silap aku lah kan, langkah ini telah lame diambil sebelum ini..namun ia tak membawa ape2 perubahan yang telah amat2 diharapkan oleh peminat2 di tanah air..
keputusan yang diambil pada mesyuarat tersebut dilaporkan oleh harian metro sebagai keputusan yang "hambar"..mungkin kerana satu rombakan yang dinanti2kan oleh peminat bola sepak malaysia, tak menjadi kenyataan..ape yang aku ingin katekan dekat sini kepada FAM dan KBS adalah jikalau selepas ini tak ade rakyat malaysia yang sanggup datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan malaysia, jangan salahkan peminat dengan mengatakan bahawa peminat tak patriotik..
p/s : sekarang 158..lepas ni jangan nombor itu jadi makin besar dah lah..

setelah puas bermesyuarat semalam, satu keputusan telah dicapai oleh FAM iaitu memecat B. Sathianathan dan Datuk Soh Chin Aundari jawatan jurulatih dan pengurus bola sepak negara..keputusan ni telah awal2 lagi diduga akan diambil oleh FAM..mungkin kerana 2 sebab yang utama..
pertama, kerana kekalahan yang memalukan kepada UAE, 5-0 tempoh hari..kedua, kerana Sathianathan dengan berani nye mengkritik liga M yang di bawah kendalian majikannye sendiri, FAM..yang mane yang memberi impak yang besar dalam kes pemecatan ni pun aku tak sure..sebabnye 1 statement yang teramat pedas oleh Sathianathan sejurus kekalahan di tangan UAE tempoh hari, iaitu liga M tak dapat menghasilkan pemain2 yang berkualiti..disini aku rase kenyataan yang diluahkan oleh Sathianathan amat jujur..
aku rase langkah yang diambil FAM dengan memecat orang2 penting dalam bola sepak ni melalui sms adalah melampau kurang hormatnye terhadap mereka berdua..kerana sebelum ni, Sathianathan telah berjaya menaikkan ranking FIFA malaysia yang sebelum ni merudum terkini ranking Malaysia adalah 158..memang tak dapat dinafikan bahawa FAM memang mempunyai kuasa, bukankah lebih bek tindakan memecat tersebut dilakukan dengan cara yang terhormat..walaupun demikian tak dinafikan juga, Sathianathan juga perlu disalahkan kerana kekalahan tempoh hari..kerana taktik yang digunakannye tak berjaya menghalang UAE dari membelasah Malaysia sedemikian rupe..die seharusnye bijak merencanakan idea yang lebih "power" ketika menentang UAE..