sumber : iron-hand.spaces
syabas rakyat malaysia kerana bersatu padu dan menunjukkan kepada dunia kita boleh bersatu padu..ini terbukti dengan kesepakatan bersama di dalam kempen earth hour..penjimatan 550 Mega Watt yang telah dicatatkan sepanjang 60 minit itu boleh dibanggakan dan mengikut sumber yang tak rasmi, malaysia merupakan negara yang ketujuh rakyatnya menyertai kempen ini..ia boleh dianggap sebagai sebuah permulaan yang bagus bagi kempen earth hour ini buat malaysia..
dari kosmo online..
Earth Hour: TNB catat kerugian 550 MW
KUALA LUMPUR — Tenaga Nasional Bhd. (TNB) semalam berkata ia menerima kenyataan bahawa kempen ‘Earth Hour’ bertujuan baik walaupun penggunaan tenaga elektrik jatuh sebanyak 550 megawatt (mw), bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang yang berkuasa 40watt setiap satu.
“Sementara penurunan kecil dalam permintaan akan menyebabkan sedikit kekurangan dalam hasil, kami menerima kenyataan bahawa kempen itu mempunyai tujuan yang baik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya semasa tempoh sejam inisiatif pemeliharaan tenaga (8.30 malam-9.30 malam) Sabtu lepas, kakitangan TNB sentiasa berwaspada terhadap sebarang masalah operasi.
p/s : disini menunjukkan bahawa jika kita bersatu, semua masalah dapat kite atasi..berbangga aku menjadi warga malaysia yang prihatin untuk bumi...
Klik2 Sini...
artikel pada kali ini adalah dengan ini aku ingin menyahut seruan dari WWF (World Wide Fund for Nature/World Wildlife Fund)..rasanya masih tak terlambat untuk aku menyertai kempen ini..kerana klimaks kempen ini akan berlangsung pada jam 8.30 malam di setiap negara dan bandar yang turut serta mengambil bahagian dalam kempen ini..
serba sedikit mengenai Earth Hour ini, ia merupakan acara tahunan antarabangsa anjuran WWF..ia diadakan pada hari terakhir bulan mac setiap tahun..dalam kempen ini ia mengkhendaki mereka yang menyokong untuk bumi untuk menutup lampu dan peralatan elektrik selama sejam bermula 8.30 malam untuk memberi kesedaran tentang pentingnya perlunya menjaga bumi ini..Earth hour ini sebenarnya telah dicetuhkan oleh WWF Australia dan surat khabar, Sydney Morning Herald pada 2007..pada tahun 2008, earth hour telah mendapat sambutan seluruh dunia..
pada tahun ini, Earth Hour akan berlangsung pada hari pada , waktu tempatan..1,858 buah bandar dalam 81 buah negara telah menyatakan persetujuan dan berjanji turut serta dalam kempen 'VOTE EARTH' untuk Earth Hour 2009, untuk memilih di antara bumi atau pemanasan global..
mari kita tunjukkan kepada dunia bahawa rakyat malaysia turut sama menyokong kempen murni ini dengan menutup lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan pada sabtu ini, bermula jam
sumber : earth hour, wikipedia
gambar2 dibawah adalah untuk tatapan kita bersama..niat penulis berkongsi gambar2 ini bukan lah niat untuk memalukan sesiapa..penulis hanya ingin ingat memperingati sesame kita..ini adalah kejadian yang benar2 berlaku..bukan rekaan sesiapa..







pemuda ini telah dihukum oleh undang2 di negara iran..hukuman gantung di adakan di hadapan orang ramai..kesalahan pemuda ini adalah membunuh 22 orang kanak2 lelaki dan perempuan serta merogol beberapa mangsa yang berumur di antara 7 hingga 13 tahun..walaupun ketika gambar ini diambil, seolah2 pemuda ini tak bersalah..namun kite harus ingat dengan pepatah orang2 tua kite..dimana 'air tenang jangan disangka tiada buaya'..sekian renungan untuk kali ini..
kalaulah "Si Dia" mahukan semua ini..ingin ku hadiahkan sahaja semua nya, jika .....
so kalu kite total2 kan sume..
kene dapat gaji macam yang Mancherter City offer kan dekat Kaka baru buleh nak kaci semua ini dekat "Si Dia"..hohoho..
post kali just nak share pasal Life Museum atau dalam bahasa melayu Musium Kehidupan di Thailand..
tapi sebelum itu, ingin diberi peringatan gambar mempunyai unsur2 yang menakutkan atau menyeramkan..sesiapa yang kurang mempunyai daya ketahanan adalah tak digalakkan unutk melihatnya..




terima kasih kerana sudi melihat juga..namun jika terdapat apa2 kesan akibat melihat gambar ini tak akan ditanggung oleh penulis..hohoho
dunia melihatkan perubahan tampuk pemerintahan amerika dari bush ke baracck obama disaat dunia menghadapi krisis ekonomi yang dasyat..dengan ramai yang mengharapkan perubahan ni akan membawa kebaikan pada dunia seluruhnye..
namun bagi aku malaysia lagi hebat, sebab ape aku berkata demikian..ketika mana dunia sibuk bercakap tentang ekonomi, malaysia aku lihat lebih banyak menumpukan hal2 juga melibatkan perubahan..tapi perubahan tampuk pemerintahan..seperti mana yang umum telah tahu, krisis lompat si katak lompat ni telah sedikit sebanyak mengganggu segala perancangan yang telah dirangka untuk negeri mahupun negara..
namun setelah beberapa hari, upacara lompat si katak lompat ni dimulakan oleh ADUN bota, buat masa ni hanya ADUN behrang yang turut serta dalam upacara ni..namun demikan ADUN behrang hanya turut serta sehingga pertengahan jalan saje..beliau menjadi ADUN bebas tanpa terikat dengan sebarang parti..
tapi mengikut ura2, ramai lagi akan turut serta bagi memeriahkan acara lompat melompat ni tak lama lagi..same2 lah kite menjadi penonton dalam upacara ni..
persolannye, best ke main lompat2 ni..tak kan lompat2 biasa saje..buat lah sekali lompat bintang ke..hehehe.... :p
Umum sudah tahu tentang perlantikan Barack Hussein Obama II atau lebih dikenali Barack Obama (aku ringkaskan lagi menjadi Obama) sebagai presiden amerika ke 44..merupakan orang Amerika Afrika pertama dipilih menjadi Presiden Amerika dengan mengenepikan konsep perkauman yang tinggi di sane..ni kerana sebelum ni dari presiden yang pertama yang membuka bandar washington hinggalah preesiden yan menggelarkan dirinye sendiri sebagai presiden perang, mereka ni adalah berasal dari bangsa kulit putih..namun keputusan pilihanraye presiden pada hujung 2008, telah meletakkannye sebagai presiden ke 44 amerika..





