sebelum meyentuh tentang tajuk yang ingin diperkatakan.. GM rs adalah lebih elok mengucapakan sekalung tahniah di atas pencapaian pemain badminton No 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei merangkul kemenangan di Siri Super Terbuka Korea Selatan..ini merupakan kemenangan pertamanya pada tahun ini..
namun GM berharap kejayaan ini akan membuka jalan atau memberi petanda kepada Malaysia untuk sekali lagi merangkul kejayaan yang lebih membanggakan dalam sukan badminton pada tahun ini..dimana Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada satu kejohanan penting dalam kalender sukan badminton iaitu Piala Thomas..diharap setelah kali terakhir Malaysia menjuarai Piala Thomas ini, iaitu pada tahun 1992, tahun ini Malaysia dapat mengakhiri kemarau selama 18tahun ini..
pergh... macam menulis karangan la plak..tapi rasanya xsalah bukan..sebelum GM lebih melalut..dalam ruangan terkini di Utusan Malaysia Online dan Berita harian Online, memaparkan berita bahawa 4.39 juta layak mengundi belum daftar pemilih..
disini GM merasakan amatlah merugikan sekiranya golongan muda yang termasuk di dalam angka yang boleh dianggapkan besar itu..supaya sedar akan tanggungjawab diri sendiri untuk negara dan bangsa..statistik ini baru menunjukkan jumlah rakyat Malaysia yang sudah melepasi 21tahun dan layak untuk memilih pemimpin pilihan mereka...ini tidak termasuk mereka2 yang sudah mendaftarkan diri, namun tidak turun menunaikan tanggungjawab mereka tersebut..
apa yang boleh GM tafsirkan disini, mungkin mereka berfikiran undian mereka tidak membawa sebarang perubahan kepada Malaysia...GM disini berharap mereka disana agara dapat sedar dari lamunan, untuk bangkit bagi menjalankan tanggungjawab kepada negara dan bangsa Malaysia tercinta..
namun disebalik itu, mungkin sesetengah golongan remaja ini tidak meminati bidang politik, justeru itu tidak nampak keperluan untuk mendaftar seterusnya memilih pemimpin mereka..mungkinkah keadaan politik di Malaysia menyebabkan kedaaan ini berlaku???
sekiranya pembaca2 blog GM ini ada pendapat, sila lontarkan pendapat tersebut disini..
p/s: tajuk ini mungkin berat bagi sesetengah pihak..namun demi kepentingan negaraku yang tercinta, sama2 kita berkongsi pendapat..
Klik2 Sini...
disebalik kehangatan politik yang melanda malaysia dalam tempoh dua, tiga hari ini..seakan2 ia telah membuatkan rakyat malaysia lupa tentang satu kejohanan yang sememangnya layak dianggap berprestij tinggi di pentas dunia..ia adalah Yonex All England Open Super Series 2009 ataupun lebih dikenali sebagai all england..
malaysia setakat pada kali ini, meletakkan harapan yang tinggi pada bahu pemain persorangan lelaki nombor satu dunia kini iaitu Lee Chong Wei unutk membawa pulang gelaran all england..all england adalah merupakan satu gelaran yang menjadi idaman semua pemain2 badminton kerana prestij nya yang diagung2kan..ini dibuktikan dengan keputusan negara China untuk menyimpan dan merehatkan pemain2 mereka daripada beraksi pada dua kejohanan super series 2009 yang lalu..
pada all england kali ini, pasukan negara China menghantar 3 orang pemain perseorangan utama mereka..namun nasib tidak menyebelahi mereka..kerana setelah undian dijalankan keputusannya dimana dijangka ketiga2 mereka berjumpa seawal pusingan kedua..
diharapkan dengan undian yang nampak menyebelahi pemain utama malaysia pada kali ini, gelaran juara all england dapat dibawa balik sekali lagi oleh Lee Chong Wei setelah berjaya dibawa pulang oleh Mohd Hafiz Hasyim sebelum ini..
harapan malaysia turut digalas oleh pasangan beregu lelaki dan juga wanita..dimana ketika ini, beregu wanita malaysia diwakili oleh Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty merupakan pilihan kedua kejohanan kali ini..manakala beregu lelaki terdiri daripada pasangan Koo Kien Keat, Tan Boon Heong dan pasangan Mohd Zakry Abd Latif, Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari..
dimana mereka juga dijadualkan tidak akan sesama sendiri sehinggalah ke peringkat akhir..ini bakal membuka ruang yang lebih luas lagi untuk malaysia untuk merangkul pulang kejuaraan..semoga mereka ini akan membawa pulang kejuraan yang ditagih selama ini oleh seluruh rakyat malaysia..
Korea Super Series 2009..
perkhabaran kurang enak buat peminat dan penggemar badminton di malaysia..
Peter Hoeg GADE dengan 18-21, 21-10, 17-21 dalam mase 53 minit...
