

Gerakan mengahapuskan PPSMI akan mengadakan perhimpunan berarak ke istana negara pada esok hari..mengikut sumber, perarakan ini telah mendapat kelulusan dari pihak polis..pihak istana negara juga dikatakan telah siap sedia menerima memorandum untuk diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung..
berikut adalah sebab munasabab yang diberikan oleh gerakan menghapuskan PPSMI ini..
- PPSMI adalah idea Tun Dr Mahathir..
- Rakyat jelata tak pernah meminta PPSMI..
- PPSMI hanya menguntungkan ibubapa yang bertutur BI di rumah..
- PPSMI hanya menguntungkan anak2 orang kaya di bandar..
- Ibubapa yang tak mahir BI tak dapat menolong pelajaran anak2 di rumah..
- Anak2 keluarga miskin di bandar dan luar bandar menjadi mangsa..
- PPSMI akan menyusahkan anak2 orang miskin dan orang kampung menjadi doktor, saintis, jurutera dll..
- PPSMI dibuat kerajaan BN tanpa berunding dengan rakyat..
- Kerajaan BN tak merujuk pandangan guru2 sebelum membuat dasar PPSMI..
- Dilaksanakan dengan cara paksaan..
- Guru2 tak pernah bersetuju dengan PPSMI..
- Cendiakiawan dan cerdik pandai melayu tak pernah dirunding sebelum PPSMI dilaksanakan..
- kerajaan membakul sampahkan memorandum yang menentang PPSMI..
- PPSMI terus dilaksanakan walaupun hasil kajian bijak pandai di universiti mendapati ia gagal..
- Setiap tahun markah lulus peperiksaan diturunkan bagi mengaburi mata rakyat..
- PPSMI menguntungkan kroni2 kontraktok pembekal bahan BI..
- Kaum cina pun menentang PPSMI..
- Yang menyokong PPSMI adalah segelintir golongan yang mendewa2 kan BI..
- PPSMI adalah tak sah disisi perlembagaan negara..
- PPSMI menghina BM..
- PPSMI membunuh BM..
- PPSMI gagal unutk mengkayakan india dan benua afrika yang meminjam BI..
- Semua negara maju menggunakan bahasa mereka sendiri..
- Semua negara yang meminjam bahasa penjajah gagal menjadi negara maju dan kaya raya..
- Di mana2 negara pun bahasa penjajah gagal memandaikan rakyat nya yang miskin..
ini adalah sebab munasabab kumpulan ini menentang PPSMI..namun mereka ini tak sependapat dengan presiden gabungan pelajar melayu semenanjung (GPMS) yang mana menolak isu pendidikan dibawa ke jalanan..persoalan yang timbul, dimanakah harus ia dibawa kalau bukan dijalanan..dibawa berbincang, hasil perbincangan langsung tak diambil peduli..disini dapat kita lihat, dimana dia sebagai presiden gpms haruslah membawa isu ini ke PM..ini seharusnya lebih mudah kerana dia juga adalah setiausaha kepada PM itu sendiri..namun, apakah tindakan yang diambil beliau??..
terpulang pada anda untuk menyokong atau membangkang kerana malaysia adalah negara demokrasi..
[+/-] Selengkapnya...
[+/-] Ringkasan...