Klik2 Sini...

Showing posts with label Bumi. Show all posts
Showing posts with label Bumi. Show all posts

Ayuh!!..


artikel pada kali ini adalah dengan ini aku ingin menyahut seruan dari WWF (World Wide Fund for Nature/World Wildlife Fund)..rasanya masih tak terlambat untuk aku menyertai kempen ini..kerana klimaks kempen ini akan berlangsung pada jam 8.30 malam di setiap negara dan bandar yang turut serta mengambil bahagian dalam kempen ini..

serba sedikit mengenai Earth Hour ini, ia merupakan acara tahunan antarabangsa anjuran WWF..ia diadakan pada hari terakhir bulan mac setiap tahun..dalam kempen ini ia mengkhendaki mereka yang menyokong untuk bumi untuk menutup lampu dan peralatan elektrik selama sejam bermula 8.30 malam untuk memberi kesedaran tentang pentingnya perlunya menjaga bumi ini..Earth hour ini sebenarnya telah dicetuhkan oleh WWF Australia dan surat khabar, Sydney Morning Herald pada 2007..pada tahun 2008, earth hour telah mendapat sambutan seluruh dunia..

pada tahun ini, Earth Hour akan berlangsung pada hari Sabtu, 28 Mac 2009 pada 8.30 malam, waktu tempatan..1,858 buah bandar dalam 81 buah negara telah menyatakan persetujuan dan berjanji turut serta dalam kempen 'VOTE EARTH' untuk Earth Hour 2009, untuk memilih di antara bumi atau pemanasan global..

mari kita tunjukkan kepada dunia bahawa rakyat malaysia turut sama menyokong kempen murni ini dengan menutup lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan pada sabtu ini, bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam..

sumber : earth hour, wikipedia

GeNeRaSi MaLaYSia

[+/-] Selengkapnya...