Klik2 Sini...

Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts

Debaran 12 Mac 2009..


mengikut perkhabaran yang telah diwar2 kan sejak minggu lepas, keputusan yang telah dinanti2 kan oleh semua lepasan tingkatan 5 2008, hari ini keputusan peperiksaan sijil pelajaran malaysia (spm) akan diumumkan..sudah tentu debaran dikalangan mereka2 yang bakal mengambil slip keputusan itu akan bertambah2 lg..

berdasarkan pengalaman aku terdahulu, hari2 seperti ini akan menjadi panjang pada pelajar2 ini..mungkin kerana debaran yang dialami ketika menunggu keputusan peperiksaan yang telah di tempuhi pada penghujung tahun 2008 yang lalu setelah bertungkus lumus berusaha..namun aku berasa bukan sahaja pelajar ini akan merasa debaran itu, malah ibubapa pelajar terbabit akan turut merasai debarannya..sekiranya keputusan anak mereka cemerlang, dapatlah mereka menumpang kegembiraan itu bersama anak2 kesayangan mereka tersebut..


wajah kegembiraan akan jelas terpancar dari raut wajah mereka..namun jika sebaliknya, ibubapa lah yang selalu nya akan menjadi penasihat dan memberi galakan kepada anak mereka itu..

aku disini ingin mengucapkan tahniah kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang..teruskan kecemerlangan anda di puncak menara gading..tak dilupakan kepada mereka yang kurang berjaya, jangan cepat berputus asa..perjalanan hidup anda masih jauh lagi..teruskan berjuang sehingga berjaya..ingat kita yang hidup di dunia ini adalah juara sautu ketika dahulu..dan kita mampu untuk bergelar juara lagi dengan usaha yang gigih..

GeNeRaSi MaLaYSia

[+/-] Selengkapnya...