
tanggal 7 april merupakan detik tarikh yang penting buat sejarah malaysia..kerana pada hari bersejarah ini, bakal menyaksikan 3 pilihan raye kecil (PRK) di tiga kawasan..dimana 2 kawansan dewan undangan negeri (DUN) dan satu kawasan parlimen..
pilihan raya kecil N.25 Bukit Selambau, kedah dan P.59 Bukit Gantang di perak serta N.29 Batang Air di serawak bakal menyaksikan kuasa memilih pemimpin telah diserahkan kepada masyarakat setempat..aku meringkas ketiga2 prk ini dengan seperti tajuk post aku yang lalu iaitu, dua bukit satu batang..
setelah berakhir nya tempoh untuk berkempen secara rasmi tepat jam 12.00 tengah malam 6 april 2009..kini giliran pengundi untuk membuat pilihan calon yang dirasakan sesuai dan layak untuk menjadi pemimpin mereka sehingga pilihan raya umum 13 nanti..pelbagai janji telah ditabur oleh calon dan mereka yang berkempen dengan harapan boleh menarik pengundi yang berada di atas pagar..
kerana mengikut sumber2 yang berkaitan, terdapat ramai pengundi yang masih belum membuat keputusan untuk memilih siapa sehingga lah mereka masuk ke dalam tempat mengundi nanti..oleh itu, disitu terdapat peluang2 yang mana sekiranya digunakan secara berkesan dapat membuahkan hasil kepada calon2..
tepat jam pukol 8 pagi, pusat2 mengundi akan dibuka untuk pengundi menjalankan tugas2 yang diberikan..dan kebiasaan nya pusat mengundi akan ditutup pada jam 5 petang..dan selepas itu, proses pengiraan dan penjumlahan undi akan dimulakan..
kemuncaknya adalah dimana sewaktu ketua yang bertanggungjawab mengumumkan keputusan pelihan raya.. disini bakal dapat disaksikan siapa yang bakal menakluk bukit2 yang bagai ranum dan menjadi idaman ramai itu..hanya seorang pemenang akan diumumkan sebagai pemenang nanti..begitulah juga keadaan nya di serawak..pengundi akan menentukan siapa yang bakal menerajui batang ai..
BN pastinya mahukan kemenangan setelah mendapat kekalahan pada prk2 yang lalu..di bawah panglima baru yang dibaru ditabalkan, sememangnya kemenangan sangat2 di harap kan..bagi penglima perang yang baru dilantik, kemenangan bakal menunjukkan kekuatan yang dibawanya..
p/s :
Klik2 Sini...

29 Mac 2009 boleh dianggap sebagai hari menarik..kerana pada tarikh tersebut, sekali lagi terciptanya beberapa sejarah buat tanah air ku malaysia..diawal2 pagi kita telah didatangi kejutan pertama, dimana seramai 15 calon telah disahkan pencalonannya oleh suruhanjaya pilihanraya (SPR) bagi bertanding merebut kerusi N25 DUN Bukit Selambau..mereka terdiri daripada 1 calon barisan nasional(BN), Datuk S. Ganesan dan 1 calon parti keadilan rakyat(PKR), S. Manikumar. serta 13 calon2 bebas yang turut bertanding ialah R. Loganathan, Tan Hock Huat, Radzi Md Lazim, Mohd. Fadzil Abdul Wahab, Abdul Rahim Abu, L. Sarala, A. Jayagopal, S. Moganakumar, Khamis Awang, Husaini Yaacob, M. Vanesan, Mejar (B) Anuar Abd Hamid dan T. Chandrarajan..
manakala sebuah lagi bukit yang turut meriah sehingga 7 April 2009 ini adalah bukit gantang..di P059 parlimen bukit gantang menemukan pertarungan 3 penjuru, dimana 1 calon BN, Ismail Saffian, dan 1 calon Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, serta 1 calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris..
satu lagi pertarungan yang bakal diadakan serentak bersama2 kedua2 bukit ini adalah N29 DUN batang ai..yang mana bakal menyaksikan pertarungan Malcom Mussem Lamoh sebagai calon BN menentang dengan Jawah Gerang dari PKR..
nampaknya disini bukit selambau mempunyai ramai peminat yang ingin menaklukinya berbanding sebuah bukit lagi..pertandingan 15 penjuru ini merupakan pertama kali berlaku di malaysia..ia juga menyebabkan SPR akan mengubah saiz kertas undi bagi membolehkan ia memuatkan semua nama senarai calon yang bertanding..
persoalannya, apakah sebab ramai nya calon pada kali ini di bukit selambau??..adakah PRK kali ini yang merupakan bebanan untuk calon TPM di bawah bakal PM ke 6 ini, akan berjaya dipikul oleh Tan Sri Muhyidin di ketiga2 tempat??..
p/s: hmmm..agak menarik PRK kali ini..

baru2 ini telah keluar dalam surat khabar menyatakan jumlah sumbangan daripada rakyat malaysia kepada penduduk di gaza adalah berjumlah kira2 RM 18 juta.. waa aku sebagai rakyat malasyia sungguh berbangga terhadap keprihatinan rakyat malaysia untuk menyumbang dan membantu saudara2 kita di semenanjung gaza itu..
namun pada hari yang sama juga ada berita dilaporkan oleh menteri di parlimen menyatakan bahawa bahawa kos yang dikeluarkan oleh pihak polis bagi menjaga ketenteraman awam di kuala terengganu semasa pilihan raya kecil tempoh hari berjumlah rm 15 juta..kita dapat dilihat disini angaka tersebut tak jauh daripada jumlah yang terkumpul hasil kutipan orang ramai di malaysia..
bukannya aku menafikan kepentingan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman orang ramai..tapi yang aku pertikai kan disini adalah mengenai kos yang perlu ditanggung oleh rakyat malaysia seluruh nya melalui potongan gaji bulanan mereka, cukai jalan, dan pelbagai cukai lagi lah..
rm 15 juta adalah satu kos yang tinggi bagi satu pilihanraya kecil..cuba kite bayangkan pada awal bulan april ini telah diumumkan bahawa akan terdapat pilihanraya di 2 bukit di malaysia..iaitu bukit selambau di kedah dan juga bukit gantang di perak diadakan..berapakah dana yang bakal dikeluarkan oleh kemeterian dalam negeri bagi pilhanraya ini..ini bakal ditambal lagi sekiranya tawaran meletakkan jawatan oleh Elizabeth Wong, adun bukit lanjan yang kini terkenal di seluruh malaysia akibat penyebaran gambar tidurnya yang terdedah, diterima oleh mb selangor dan diperkenan kan oleh sultan selangor..menjadikan satu sejarah dimalaysia dimana pilihnaraya kecil bagi 3 bukit dijalankan hampir atau pada masa serentak..
bagi aku sekiranya duit sebanyak itu dibelanjakan untuk membantu penduduk di palestin adalah lebih elok..kerana mereka lebih memerlukan bantuan2 dari negara islam yang lain setelah mesir, sebagai jiran terdekat langsung tak membantu mereka malah telah menutup pintu sempadan..
Lompatlah tinggi2,
Cepatlah adik cepat,
Bangun pagi gosok gigi,
Kalau adik lambat bangun,
Nanti adik akan rugi..
mesti tiap sorang dari generasi yang lahir di Malaysia ni pernah dengar akan lagu ni..kali ni aku bukan nak cite pasal lagu tu..aku nak cite pasal wakil2 kite kat parlimen atau pun kt DUN tu..hmm t’baru seperti yang telah diwar2 kan kat dalam media, ADUN bota telah bertukar parti..dari UMNO/BN ke PKR/PR..
aku sure memasing ade pendapat memasing..so kat sini aku just nak mintak pendapat kit dari korang tentang hal ni..pertanyaan nye ialah..adakah lompat parti ni wajar dilakukan oleh YB-YB kite tu??..kenape anda berkata sedemikian..
pe2 pun lagu diatas sesuai tok diturun kan kepada generasi akan datang.. :)
Sejak kes A.Kugan mati di tangan polis ni aku dok tunggu pe reaksi yang chief MIC sorang ni nak cakap..namun rupe nye de ni takut la plak nak kasi sebarang komen..aku rase may be de ni takut lah..nak disokong takut de hilang jawatan chief tok MIC tu kang..kan dorang nye pemilihan parti tahun ni..so de takut la nak kua sebarang statement..nanti takut bangsa de cakap de ni tak bela nasib bangsa kaum de sendiri dan seterusnye tak pilih de lagi tok mewakili mereka..bukan pe dah lah tahun lepas leh t'lepas jawatan tok mewakili rakyat kat 1 Parlimen melalui pilihanraye kat perak tu ha..dan disebabkan tu gak la jawatan menteri tol t'lepas dari tangan de..hehe...
walaupun sebelum ni ad beberapa orang timbalan menteri dari MIC ni telah membuat kenyataan masing2..tapi aku consent kit statement dari bekas menteri tol ni..alamaklumlahkan de kan ketua nye..
sok may be klimaks tok kes ni kot..sebab ade pihak nak wat demo tok menyuarakan rase hati yang tak berpuas hati t'hadap polis..dan polis ade kua amaran tok melarang orang ramai dari join venture demo ni..
musykil aku..hmmm...persoalannye adakah de ni nak main nyorok2 je??..
tok post kali ni aku rase cam best je nak tulis pasal pilihanraye kecil P036 K.T'ganu..hehe..
tanggal 17 januari 2009 pasti akan dikenang dan diingati sabagai satu tarikh yang penting oleh rakyat t'ganu..tarikh dimana satu titik perubahan yang telah dilakukan oleh rakyat t'ganu melalui pilihanraya kecil P036 Kuala T'ganu..setelah mane pada PRU12 dulu BN telah berjaya memenangi kerusi ni dengan majoriti 628 undi..namun pada hari ni, suara rakyat a.k.a suara keramat telah memilih Mohd Abdul Wahid Endut sebagai wakil mereka di parlimen dengan majoriti 2631 undi..
