
exora..macam nama bunga bunga la pulak..tapi itulah yang telah difikirkan sesuai oleh proton, pembuat kereta nasional yang pertama bagi nama kereta keluaran terbaru nya..
dengan membawa 'tagline' keriangan keluarga kereta yang telah diwar2 kan sejak daripada tahun 2008 lagi ini akhirnya diberi nama melalui satu pertandingan memberi nama 'multi purpose vehicle' (mpv) pertama keluaran proton ini..
pemberi nama mpv kuluaran proton ini adalah seorang perempuan, Norsholihan Bt Abdul Eanich..oleh itu adalah tak memeranjatkan sekiranya nama bunga exora menjadi pilihan..Proton Exora direka dengan 7 tempat duduk ini akan mula dijual degan dijangka harga nya tak akan melebihi rm 80 000..mpv pertama buatan malaysia diumukan boleh mula ditempah mulai 21 februari 2009, iaitu sabtu ini..so kepada sesiapa yang berminat boleh lah mengunjungi pengedar proton yang berhampiran untuk menempahnya..hmmm..macam promoter proton pulak aku ni..hehe..
anyways memang tak salah kan untuk memberi sokongan kepada barangan buatan malaysia seperti ini..macam satu kempen kementerian sebelum ini, belilah barangan buatan malaysia..sesuai diamalkan amalan ini dimasa ekonomi dunia sedang merudum ini..
sumber : Paultan
Cerita Hari Ini... Telur Masak Lemak Cili Api
1 month ago

