ini luahan hati aku yang jahil lagi dalam bab2 rumah tangga..
Klik2 Sini...

Apa pendapat korang tentang valentine day??.. Betulkah ada satu hari sahaja untuk berkasih sayang..Atau ia hari dimana kita boleh meluahkan perasaan kita kepada pasangan..Apakah hari lain tak boleh meluahkan perasaan itu??..Apakah sebenarnya cerita di sebalik valentine ni??..
Sepatutnya hari valentine ni tak sepatutnya di raikan oleh orang islam..budaya dan amalan meraikan valentine day adalah dilarang keras oleh agama islam..haram..ini ada kerana perayaan itu mengandungik unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat..
Betul juga..kenapa perlu kita nak mengagungkan budaya kristian..sekiranya kita merayakannye bermakna kita juga menggalakkan maksiat..kasih sayang sesuatu yang luas dan universal..kita tidak memerlukan hari hari tertentu untuk melafazkan kasih sayang cinta kita pada seseorang..hari2 biasa pon boleh juga kan..buat apa nak menunggu 14 februari..apa istimewanya 14 februari itu..kalau tanpa 14 februari itu tak boleh kah kita berkasih sayang..
rata2 masyarakat terlalu mengagung2kan valentine day ini..ada sesetengah pihak tu sanggup mengadakan beberapa function..ada juga hotel2 yang menawarkan diskaun sempena valentine ini..ada juga restoren restoren mewah..buat candle light dinner..apa ni semua??..itu semua budaya barat..itu semua menyumbang ke arah jalan kemaksiatan..dimulakan dengan candle light dinner..apabila sudah kenyang mula lah mencari hotel..selepas itu bayang2 kan lah sendiri..
hmm dekat bawah ini sedikit info pasal valentine day ini..
sejarah valentine
1) Pendapat pertama, valentine day bermula semasa pemerintahan empayar room iaitu dengan menetapkan 14 feb sebagai hari cuti bagi orang juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi rom. Hari selepas itu iaitu 15 feb.. bermulanya satu pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat room dimana pada malam pesta tersebut nama -nama gadis Rom di tulis di atas kertas dan di masukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas tersebut dannama yang terpilih akan menjadi pesangan di sepanjang pesta berlangsung...
2) Pendapat kedua menyatakan pad 14 feb 270 masihi, St. Valentine di bunuh kerana pertelingkahannya dengan raja romawi yang di perintah oleh Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dah pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedrai hakikat itu , St Valentine dan st. marius telah mengahwinkan orang -orang kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga matai serta dipenggal kepalanya pada 14 feb dalam tahun 270 mashi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan , keberanian, dan kepasrahan, dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 feb dijadikan sebagai haria memperingati kematian. ST. Valentine sebagai upacara keagamaan..
3) Pendapat ketiga mengatakan Valentines diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada pzamanpemerintahan Ratu Isabela dari Sepanyol iaitu St. Valenine yang status kedudukannya adalah di tempatp kedua tertinggi selepas pope. Apabila St. Valentine menyatakan h asrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengmal protestan sewaktu kerajaan sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan islam, Timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik ang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, Lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak b oleh berkahwin. Tindakan St.valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 feb sebagai hari kekasih untuk St valentine sendiri..jadi dimanakah keperluan kita sebagai muslim untuk meraikan valentine day ini sedangkan terdapt 365 hari untuk melafazkan kata cinta kepada yang tersayang..
p/s : "i love you sayang"..hehe..
Siapakah gambar di sebelah ini?? adakah sesiapa yang tahu??.. kalau tahu sila angkat tangan..hehe..kalau hendak tahu bacalah artikal di bawah..hehe..
Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. -utusan-
hmmm..pertama sekali aku hendak ucapkan tahniah lah dekat ketua hakim malaysia yang bagi aku lah kan, perlantikan ini memang telah lama aku jangkakan..sejak perdana menteri ke 5 malaysia mengumumkan tentang penubuhan suruhanjaya perlantikan hakim lagi..bagi sesetengah pihak terutama nye pembangkang di malaysia menyifatkan penubuhan suruhanjaya perlantikan hakim ini adalah sia2..malah mereka telah menamakan suruhanjaya ini sebagai suruhanjaya memberi nama hakim..
memang lawak bukan..namun kalu kite teliti dengan lebih teliti macam seakan kebanaran dari dakwaan pihak pembangkang ini..kerana apa penubuhan suruhanjaya yang telah menjadi manifesto yang dilaung2kan akan dilaksanakan pada pilihanraye ke 11 yang lalu iaitu pada tahun 2004, hanya mempunyai kuasa untuk mencalonkan satu nama yang dilihat berkelayakan untuk menjadi ketua hakim yang baru kepada perdana menteri yang kemudiannye akan mempersembahkan nama tersebut kepada Yang diPertuan Agung untuk meminta perkenan baginda..sekiranye nama yang diberikan oleh suruhanjaya tersebut tak menjadi pilihan dihati perdana menteri, perdana menteri akan menyuruh suruhanjaya tersebut mencalonkan satu nama lain sebagai pengganti..
jelas kan disini, suruhanjaya yang baru sahaja ditubuhkan ini tak mempunyai apa2 kuasa..seperti mana juga seruhanjaya hak asasi manusia malaysia atau lebih dikenali sebagai suhakam, yang tak mempunyai kuasa..suhakam di malaysia dilihat sebagai satu suruhanjaya yang langsung tak mempunyai taring, kerana kite boleh lihat kejadian terbaru yang boleh membuktikannye, suhakam telah berpendapat bahawa perlantikan mb baru di perak boleh dipertikaikan..namun ia langsung tak diambil peduli oleh sesiapa..kerana apa yang aku lihat, pihak yang mengambil alih tersebut mempunyai "link atau cable" besar dari putrajaya..
ops melalut jauh pulak dari suruhanjaya perlantikan hakim, menurut pembacaan aku..ahli2 yang akan menganggotai suruhanjaya ini terdiri dari Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, dan beberapa hakim kanan lagi di malaysia..ape yang menghairankan adalah ahli2 suruhanjaya ini terdiri dari mereka2 inilah yang bakal dipilih menjadi ketua hakim seterusnye..kenapakah ahli2 didalam suruhanjaya ini tak dipilih dari bekas2 ketua2 hakim negara yang sebelumnye bagi memastikan sistem kehakiman di malaysia menjadi lebih tulus..
ini fakta tentang pengerusi perlantikan hakim merangkap ketua hakim negara skrg..
nama : Tan Sri Zaki Azmi
umur : 64 tahun (ada masa 2 tahun lagi untuk kekal jadi ketua hakim)
kerjaya : - peguam
- panel Suruhanjaya Diraja Menyiasat Pasukan Polis (2004)
- Pengerusi Lembaga Disiplin (Teknikal) UMNO (harap2 dia ini adil lah kan)
kontroversi :
- menjadi hakim mahkamah persekutuan selama 2 bulan sebelum dilantik menjadi Presiden Mahkamah Rayuan (tempoh singkat ini mungkin kerana banyak jasanya terhadap umno kot)
- mengaku pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah pada tahun 1987 (contoh teladan yang bagus dari seorang anak bekas ketua hakim negara dan ketua hakim negara)
tagged from nana and alien13
1/ Your name or username
GeNeRaSi MaLaYSia
2/ Left handed or Right handed
lefthanded ..
3/ Favourite letter to write
A..
4/ Least favourite letter to write?
W kot..
5/ Do you think you are HOT?
tak baru pas mandi.. hehehe..
6/ Upload your favourite pic
7/ Why do you like diz pic?
bendera negara ku tercinta
8/ The last song you listen to?
wonderpet - versi melayu
9/ What are you doing right now besides this?
blogging, tgk anime..
10/ 5 people I'm going to tag
sp2 yg mau sile lah ambil..jgn malu jgn segan...
hmm..ini adalah lanjutan dari post aku sebelum ini..kadang2 situasi di malaysia terlalu sangat celaru..celaru dengan lompat2 lah..kes2 rasuah lah disana sinun..kat sini lah kadang2 katun yang ditonton budak2 sepatutnye di tonton oleh orang yang mendakwa mereka lebih matang dan dewasa..ini kerana ape,kartun wonderpet seperti yang ditayangkan di tv9, sepatutnye memberi kesedaran kepada ahli2 politik di malaysia..sepatutnye mereka lebih memberi perhatian yang lebih kepada rakyat itu sendiri daripada asyik cuba menarik ADUN dan wakil rakyat melompat parti dengan harapan merampas dan menumbangkan kerajaan..
ingatlah wahai ahli2 politik malaysia sekalian, nasib kami di tangan anda..dan nasib anda juga di tangan kami..oleh itu mainkan peranan anda dengan baik agar malaysia boleh menjadi sebuah negara maju di mas hadapan..
apa yang penting??..kerjasama..
apa yang penting??..kerjasama..
layankan lagu tema wonderpet..sesiapa yang berminat boleh download kan lagu ini..
Apa yang penting!
Kerja sama..
Apa yang penting!
Kerja sama..
Wonderpets! Wonderpets!
Kami datang,
Membantu sesiapa yang kesusahan,
Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila bekerjasama,
Semua jadi mudah
Yayy wonderpets!!
Yayy
kredit to diana a.k.a budakhingus